Kesatuan Eropah (EU) kini bersedia mengenakan tarif balas bernilai €72 bilion (RM370 bilion) terhadap barangan dari Amerika Syarikat (AS), susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif 30% ke atas import EU jika tiada persetujuan dicapai sebelum 1 Ogos.
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maroš Šefčovič, berkata senarai produk sasaran telah dikemukakan kepada negara anggota untuk dibincangkan, termasuk kapal terbang buatan AS dan minuman bourbon.
Senarai itu dikurangkan daripada €95 bilion selepas rundingan bersama industri dan negara anggota, namun masih belum diluluskan secara rasmi.
Langkah ini susulan kenyataan Trump di Truth Social yang memberi tekanan ketika rundingan hampir mencapai persetujuan tarif asas 10%, dengan pengecualian bagi sektor tertentu seperti pesawat dan arak.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, turut menangguhkan tindakan balas bernilai €21 bilion sehingga 1 Ogos.
Perancis mendesak EU mempertimbangkan penggunaan anti-coercion instrument, satu mekanisme pertahanan perdagangan yang digelar “opsyen nuklear” namun, Von Der Leyen menyatakan situasi semasa belum memerlukan langkah drastik itu.
Perbezaan pendapat dijangka timbul dalam kalangan negara anggota bergantung kepada sektor mana yang paling terkesan jika perjanjian dimeterai.
Rundingan lanjut antara EU dan AS dijadualkan berlangsung pada Isnin petang.
EU nak kenakan tarif balas €72 bilion kalau rundingan gagal tapi macam mana pula dengan strategi kewangan anda? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!