Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengadakan makan tengah hari secara eksklusif bersama Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Asim Munir, di White House pada Jumaat lalu mencetuskan ketegangan diplomatik dengan India sekali gus mendorong New Delhi menilai semula hala tuju hubungannya dengan China.
Menurut sumber diplomatik India, pertemuan itu dilihat sebagai “mesej yang salah” kepada New Delhi, lebih-lebih lagi selepas insiden serangan berdarah ke atas pelancong Hindu di Kashmir yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan disokong Pakistan.
Susulan itu, India mengemukakan bantahan rasmi kepada Washington, menyifatkan tindakan Trump sebagai mencalarkan kepercayaan dalam hubungan dua hala yang telah terjalin kukuh selama dua dekad.
Meskipun kedua-dua negara bekerjasama rapat dalam usaha mengimbangi pengaruh China di rantau Indo-Pasifik, pendekatan Trump yang dilihat semakin mesra terhadap Pakistan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin India.
Dalam masa yang sama, India turut dilihat mula melonggarkan pendirian terhadap China termasuk lawatan Menteri Luar, Dr S. Jaishankar, ke Beijing baru-baru ini, yang merupakan kunjungan pertama sejak insiden pertempuran sempadan antara kedua-dua negara pada tahun 2020.
New Delhi juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menarik balik beberapa sekatan pelaburan dari China yang diperkenalkan selepas konflik tersebut.
Penganalisis melihat langkah ini sebagai isyarat bahawa India tidak lagi mahu bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat, terutamanya dengan pendekatan dasar luar Trump yang tidak menentu dan sukar dijangka.
Kini, tiga kuasa besar nuklear di rantau Asia — India, China dan Pakistan — memasuki fasa diplomasi baharu yang lebih berhati-hati, apabila setiap negara berusaha menyesuaikan langkah masing-masing dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global yang semakin mencabar di bawah pentadbiran Trump.
Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah bijak untuk fahami dunia geopolitik, kuasai pergerakan pasaran, dan ambil peluang dalam ketidaktentuan global. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!