Ketua ekonomi ECB Philip Lane menyatakan inflasi zon Eropah telah mencatat beberapa kejutan momentum menngkat dalam bulan-bulan kebelakangan ini. Ini secara tidak langsung menimbulkan keraguan terhadap jangkaan bank pusat bahawa inflasi akan jatuh di bawah sasaran awal tahun hadapan. Walaupun inflasi kekal hampir dengan 2%, data terkini menunjukkan tekanan harga dalam sektor perkhidmatan semakin meningkat.
Lane menegaskan risiko inflasi kini tidak sehala dan berpotensi melepasi unjuran ECB, yang sebelum ini meramalkan bacaan 2.1% pada 2025 dan penurunan di bawah sasaran pada 2026 berikutan harga tenaga yang rendah. Namun, beberapa data harga terbaru menunjukkan kecenderungan bertentangan.
Inflasi keseluruhan naik sedikit kepada 2.2% bulan lalu, manakala inflasi teras juga melebihi jangkaan pada Oktober. Pergerakan ini menambah ketidaktentuan tentang momentum disinflasi di zon Eropah.
Lane dijangka mengemukakan unjuran inflasi baharu termasuk ramalan 2028 pada mesyuarat ECB 18 Disember, apabila bank pusat dijangka mengekalkan kadar deposit pada 2%.
Dalam ucapannya, Lane menegaskan ECB tidak harus memberi tindak balas terhadap pergerakan harga jangka pendek yang dijangka bersifat sementara yang mencadangkan tiada perubahan dasar besar dalam masa terdekat.


















































