Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsi berita gembira apabila kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM45 juta sebulan susulan pelaksanaan pemotongan subsidi telur yang berkuat kuasa sejak 1 Mei lalu.
Beliau turut memaklumkan bahawa penamatan sepenuhnya subsidi telur yang dijadualkan bermula 1 Ogos ini dijangka membawa kepada jumlah penjimatan keseluruhan sehingga RM135 juta dalam tempoh tiga bulan.
Menurutnya, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan semula dana tersebut kepada program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan Sheikh Puzi Sheikh Ali (BN-Pekan) di Dewan Rakyat hari ini mengenai kesan pemotongan subsidi terhadap pasaran telur dan kos sara hidup.
Mat Sabu dalam nada optimis menjelaskan bahawa bekalan telur di pasaran ketika ini kekal stabil dan harga masih dalam kawalan.
Malah, bagi bulan Julai sahaja, pengeluaran telur diunjur mencecah 1.75 bilion biji, berbanding keperluan domestik sekitar 1.06 bilion biji. Lebihan bekalan sebanyak 690 juta biji itu, katanya, akan memberi ruang kepada negara untuk mengeksport sebahagiannya.
Bagi memastikan bekalan dan harga telur terus stabil, Mat Sabu memberi jaminan bahawa kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk terus memantau perkembangan pasaran dari semasa ke semasa.
Namun, dengan berjuta-juta biji telur dikatakan mencukupi, dan ratusan juta ringgit kononnya berjaya dijimatkan rakyat kini menanti satu jawapan yang lebih penting, bila harga dapur betul-betul akan turun?
Kini kerajaan jimat ratusan juta selepas potong subsidi telur tapi bagaimana pula dengan kewangan anda? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!