Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menerusi Malay Mail mengumumkan bahawa semua aktiviti eksport, pemindahan kapal (transhipment) dan transit cip AI berprestasi tinggi yang berpunca dari AS kini memerlukan Strategic Trade Permit yang berkuat kuasa serta-merta di bawah Seksyen 12, Akta Perdagangan Strategik 2010.
Menurut MITI, ketetapan baharu ini bertujuan menutup kelompongan kawal selia sedia ada, sementara kajian lanjut dijalankan bagi mempertimbangkan kemasukan cip AI berprestasi tinggi ke dalam Senarai Barangan Strategik (SIL) negara.
Kementerian itu turut menjelaskan bahawa mana-mana pihak yang mengetahui atau mengesyaki potensi penyalahgunaan cip terbabit diwajibkan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya 30 hari sebelum penghantaran dibuat.
Kegagalan mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada.
Langkah kawal selia ini diperkenalkan selepas laporan Bloomberg mendedahkan rancangan Washington untuk mengehadkan penghantaran cip AI ke Malaysia, berikutan kebimbangan ia mungkin disalurkan ke China.
Meskipun Malaysia sebelum ini memberi jaminan untuk memperketat kawalan import, data terkini menunjukkan lonjakan eksport cip ke negara ini telah menarik perhatian AS dan mencetuskan cadangan sekatan baharu, termasuk kemungkinan sekatan sementara terhadap syarikat AS dan sekutunya di Malaysia.
MITI dalam kenyataan sama turut menegaskan komitmen Malaysia untuk mengekalkan persekitaran perdagangan yang selamat, telus dan berpaksikan peraturan, sejajar dengan obligasi antarabangsa.
Dunia semakin ketat kawal aliran cip dan teknologi. Jika negara pun bersedia, anda bila lagi? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!