Kerajaan kini sedang meneliti pelaksanaan tenaga nuklear secara berfasa sebagai sebahagian daripada pelan peralihan tenaga negara, dengan matlamat mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tenaga nuklear telah dikenal pasti sebagai sumber tenaga bersih dan stabil yang mampu memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat, sekali gus menyokong usaha peralihan daripada penggunaan bahan api fosil.
Menurut beliau, kerajaan kini sedang melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap tahap kesiapsiagaan negara merangkumi aspek dasar, teknikal, institusi, perundangan, keselamatan, pembangunan sumber manusia, ekonomi serta kesedaran awam.
Sebagai langkah permulaan, MyPower telah dilantik sebagai Badan Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO) mengikut saranan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), bagi menyelaras pembangunan program tenaga nuklear negara.
Antara inisiatif yang sedang digerakkan termasuk penggubalan dasar, pengukuhan kerangka perundangan, pelaksanaan kajian teknikal dan kebolehlaksanaan, serta pembangunan kapasiti institusi dan sumber tenaga mahir tempatan.
Kerajaan turut memperkukuh kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan negara serta institusi antarabangsa dalam bidang teknologi, latihan dan pematuhan piawaian keselamatan global.
Meskipun tenaga nuklear tidak dimasukkan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan pada 2023, kerajaan kini mengiktiraf teknologi tersebut sebagai antara pilihan utama untuk menyokong keselamatan tenaga, mengurangkan pelepasan karbon.
Ambil peluang ini untuk bina strategi pelaburan berdasarkan arus teknologi semasa. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!