Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) menzahirkan kebimbangan berhubung penyalahgunaan minyak masak bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menjualnya semula sebagai minyak sembahyang pada harga jauh lebih tinggi.
Menurut PHA, minyak subsidi yang dijual pada harga RM2.50 seliter didapati dipasarkan semula sebagai minyak sembahyang pada kadar mencecah RM8.20 seliter dengan peningkatan harga melebihi 228%.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, PHA memaklumkan bahawa isu ini bukanlah baharu, malah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini pernah menahan beberapa peniaga atas kesalahan yang sama.
Salah satunya adalah kes yang melibatkan penahanan seorang lelaki di Johor pada Januari lalu, selepas didapati membungkus semula sebanyak 5,100 botol minyak masak subsidi untuk dijual sebagai minyak sembahyang.
Sehubungan itu, PHA menggesa KPDN untuk memperketat pemantauan dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap punca bekalan serta harga minyak sembahyang yang dijual di rumah ibadat dan premis runcit.
Selain itu, PHA turut menyarankan agar sistem Cooking Oil Price Stabilisation Scheme (eCOSS) dilaksanakan secara menyeluruh bagi menjejak aliran minyak subsidi dari kilang hingga ke peruncit. Langkah ini termasuk mewajibkan peniaga untuk menyatakan dengan jelas sumber dan harga asal pada label produk minyak sembahyang yang dijual.
Berikutan pendedahan ini, PHA menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil segera bagi membendung ketirisan berterusan. Kegagalan menangani isu ini bukan sahaja menjejaskan integriti sistem subsidi negara, tetapi juga membuka ruang kepada eksploitasi pengguna atas nama keagamaan.
Kalau orang lain boleh ubah minyak subsidi jadi lubuk untung, anda pun boleh cipta peluang pendapatan sendiri. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!