Reserve Bank of Australia (RBA) pada sesi Asia pagi ini telah mengumumkan kadar faedah dikekalkan pada 3.60% untuk mesyuarat polisi November, seperti yang dijangkakan pasaran.
Meskipun ramai peminjam berharap untuk pemotongan lanjut, namun bank pusat menyatakan bahawa langkah pemotongan tidak dibincangkan ketika ini.
Ini berikutan pasaran buruh yang tidak stabil dan tekanan harga belum reda, terutamanya dalam sektor perumahan dan perkhidmatan.
Dalam kenyataan susulan selepas mesyuarat, Gabenor RBA Michele Bullock menyebut bahawa walaupun kadar faedah berada di paras stabil, bank pusat akan terus memerhati data terbaru dengan teliti terutama inflasi dan pekerjaan.
Beliau juga menegaskan bahawa bank pusat tidak meletakkan arah yang tetap dan fleksibel untuk penurunan atau peningkatan kadar.
Beliau juga menjelaskan bahawa kenaikan kadar antara suku ketiga tahun ini telah menyumbang kepada peningkatan tekanan harga dan perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan seterusnya.
Mata wang dolar Australia tidak bergerak perlahan dan tidak menunjukkan reaksi ketara selepas keputusan mesyuarat tersebut.
Namun, beranjak ke pembukaan sesi Eropah, dolar Australia paparkan kejatuhan lebih jelas ke paras terendah baharu 2 minggu berbanding US dolar.





















































