Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, pulih daripada penutupan yang lebih lemah pada hari sebelumnya apabila peniaga mengurangkan sokongan dolar AS menjelang tarikh 9 Julai bagi jeda tarif Amerika Syarikat selama 90 hari.
Pada jam 10.10 pagi, ringgit berada pada paras 4.2230 iaitu kekal berbanding dolar AS sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sektor swasta AS secara mengejut kehilangan 33,000 pekerjaan pada Jun, jauh menyimpang daripada jangkaan pasaran peningkatan 99,000, menurut data ADP.
Katanya lagi, laporan NFP malam ini akan menjadi tumpuan, memandangkan korelasi rapat antara data ADP dan NFP.
Kelembapan pasaran buruh boleh mencetuskan perubahan dasar monetari Fed, sekali gus mengukuhkan peluang pemotongan kadar faedah.
Afzanizam turut mengulas potensi konsesi tarif oleh AS, merujuk kepada tindakan terbaru terhadap Vietnam sebagai petunjuk. Katanya, ringgit dijangka kekal dalam julat berhati-hati menjelang laporan NFP dan pengumuman rasmi tarif minggu ini.
Pada pembukaan, ringgit bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama dan ASEAN.
Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7606/7728 daripada 5.7859/7941, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3154/3230 daripada 3.3167/3217, dan meningkat berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina.
Bagaimanapun, ia susut berbanding euro, yen Jepun dan baht Thailand. – Bernama
Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, peluang terbesar datang kepada mereka yang bijak membaca trend mata wang, memahami pergerakan USD, dan menguruskan risiko dengan cekap. KLIK LINK untuk sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dan mula bina kelebihan anda dalam pasaran mata wang sekarang!