Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin apabila pasaran tempatan mengekalkan mod berhati-hati menjelang mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada hari Rabu, di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat potensi penurunan kadar dasar semalaman (OPR).
Pada jam 10.10 pagi, ringgit berada pada paras 4.2260 iaitu kekal berbanding dolar AS sejak ia dibuka pada pembukaan minggu.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Sdn. Bhd, Dr Afzanizam berkata OPR dijangka bakal dikurangkan sebanyak 25 mata asas berikutan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat berpotensi menjejaskan momentum pertumbuhan separuh kedua.
Katanya lagi, terdapat justifikasi yang jelas untuk BNM menyokong pertumbuhan.
Beliau juga menyatakan bahawa peniaga juga akan kekal berhati-hati berbanding dolar AS kerana pelabur dan peniaga menunggu kejelasan menjelang tarikh akhir penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS), tarikh sama iaitu pada 9 Julai.
Memandangkan ketidaktentuan tarif yang berterusan, Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati antara RM4.22 dan RM4.23 hari ini.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9115/9297 daripada 2.9225/9282, mengukuh berbanding pound British kepada 5.7412/7767 daripada 5.7601/7710, dan menambah nilai berbanding euro kepada 4.9542/9849 daripada 4.9675/9770.
Nota tempatan itu juga meningkat berbanding kebanyakan mata wang Asean.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3006/3213 daripada 3.3114/3182, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9823/13.0730 daripada 13.0302/0609, meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 259.8/266.2, dan Filipina daripada 259.8/266.2 dan peso kepada 7.45/7.50 daripada 7.47/7.49 sebelumnya. – Bernama
Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, peluang terbesar datang kepada mereka yang bijak membaca trend mata wang, memahami pergerakan USD, dan menguruskan risiko dengan cekap. KLIK LINK untuk sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dan mula bina kelebihan anda dalam pasaran mata wang sekarang!