Sebanyak enam kampung baru Cina di Perak bakal menerima nafas baharu menerusi peruntukan berjumlah RM185,000 bagi melaksanakan pelbagai projek revitalisasi komuniti tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina negeri, Woo Kah Leong berkata, peruntukan tersebut bakal disalurkan menerusi Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina 2025 yang akan dilancarkan bagi memulihkan warisan, merancakkan ekonomi serta menarik semula penglibatan generasi muda di kampung asal mereka.
Menerusi sidang media pada Khamis semalam, Woo menjelaskan bahawa sebanyak 20 permohonan telah diterima sepanjang tempoh antara 14 April hingga 16 Mei lalu, namun hanya enam projek telah terpilih selepas melalui proses tapisan yang ketat.
Antara projek yang menerima peruntukan termasuklah Festival Pulau Pangkor oleh Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Timur dengan geran RM50,000, diikuti projek pemulihan industri arang di Kuala Sepetang sebanyak RM30,000 dan Inisiatif Revival Jalan Lama di Matang sebanyak RM30,000.
Woo berkata melalui pendekatan ‘bottom-up’, kerajaan negeri berhasrat menjadikan masyarakat sebagai pemacu utama Pembangunan menjadikan pendekatan ini bukan sekadar program biasa, sebaliknya merupakan usaha bersepadu untuk menyelamatkan identiti unik kampung baru daripada terus pupus.
Kalau kampung pun boleh bangkit semula, anda pun boleh! Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!