Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah menyemak semula pelaksanaan perjanjian parkir pintar baharu selepas menerima kecaman hebat dari orang ramai berhubung pelantikan Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi tunggal bagi empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, pelaksanaan sistem itu yang sepatutnya bermula 1 Ogos ini kini berkemungkinan ditangguhkan, sementara butiran perjanjian tiga pihak antara PBT, Rantaian Mesra dan syarikat konsesi swasta sedang dimuktamadkan.
Beliau menegaskan bahawa urusan itu bukanlah satu bentuk penjualan, sebaliknya merupakan kerjasama strategik yang membolehkan kerajaan negeri mengekalkan kepentingannya dalam pelaksanaan sistem parkir pintar tersebut.
Sebelum ini, pengguna media sosial termasuk bekas pemimpin Barisan Nasional, Datuk Eric See-To membangkitkan persoalan berhubung ketelusan proses tersebut, termasuk kenyataan bercanggah mengenai status Rantaian Mesra dan penglibatan awal syarikat swasta yang didakwa sudah mula beroperasi sebelum perjanjian dimeterai.
Difahamkan, syarikat konsesi akan melabur sebanyak RM200 juta bagi pemasangan 1,800 kamera litar tertutup (CCTV) dan infrastruktur parkir pintar di kawasan MBPJ, MBSJ, MBSA dan MPS.
Walau bagaimanapun, semua aspek penguatkuasaan akan kekal di bawah bidang kuasa PBT, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kaedah penswastaan pengurusan parkir bukan sesuatu yang baharu di Selangor, dengan lima PBT sedia ada masih menggunakan sistem konsesi sejak 1996.
Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa pendekatan baharu ini akan memastikan situasi ‘win-win’ kepada rakyat dan pihak berkuasa melalui kutipan hasil lebih tinggi tanpa membebankan PBT dengan kos operasi.
Kalau sistem parkir pun dah guna strategi RM200 juta untuk kawal aliran wang dan data, kenapa anda masih tak upgrade strategi kewangan sendiri? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!