Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencetuskan semula perdebatan pasaran apabila mencadangkan pemansuhan cukai keuntungan modal ke atas penjualan rumah kediaman utama yang dijangka mampu melonjakkan pasaran hartanah negara itu.
Cadangan tersebut diumumkan ketika pertemuan beliau bersama Presiden Filipina, Bongbong Marcos di White House, dan disifatkan sebagai antara strategi utama untuk merangsang bekalan rumah serta menurunkan harga hartanah semasa.
Trump berkata, pentadbirannya sedang mempertimbangkan cadangan itu, namun percaya bahawa penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga boleh memberi kesan sama dalam mengaktifkan kembali pasaran.
Cadangan itu turut mendapat sokongan kuat daripada sekutunya, Ahli Kongres Marjorie Taylor Greene, yang sedang mengemukakan No Tax on Home Sales Act yang merupakan satu rang undang-undang yang bertujuan menghapuskan sepenuhnya cukai keuntungan modal bagi penjualan rumah utama.
Pasaran hartanah AS ketika ini berada dalam tekanan berikutan kadar faedah pinjaman perumahan yang meningkat kepada sekitar 6 hingga 7 peratus, menyebabkan ramai anak muda terpaksa menangguhkan hasrat membeli rumah dan memilih untuk terus menyewa.
Sekiranya cukai tersebut dimansuhkan, ia dijangka dapat menggalakkan lebih ramai pemilik untuk menjual rumah, sekaligus meningkatkan bekalan di pasaran serta menstabilkan harga yang kini berada pada paras membebankan.
Kalau Trump pun ada strategi untuk ‘unleash’ pasaran hartanah, anda bila lagi nak mula rancang strategi kewangan anda? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!