Satu lagi perjanjian perdagangan berjaya sealed off bersama Amerika Syarikat telah diumumkan oleh Presiden Donald Trump pada Selasa, yang digelar sebagai “perjanjian terbesar dalam sejarah” antara AS dan Jepun.
Perjanjian ini menyaksikan pelaburan bernilai $550 bilion dari Tokyo ke AS, dengan negara itu dijangka menerima sehingga 90% daripada keuntungan pelaburan tersebut. Sebagai balasan, Washington akan mengenakan tarif timbal balik sebanyak 15% ke atas barangan import dari Jepun.
Trump turut memaklumkan bahawa Jepun akan membuka pasaran mereka kepada pelbagai sektor utama termasuk automotif, trak, beras serta produk pertanian lain yang berpotensi menjana ratusan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat AS.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikemukakan mengenai kaedah pelaksanaan pelaburan atau bagaimana keuntungan akan diagihkan.
Perjanjian ini dimuktamadkan selepas rundingan tegang selama beberapa bulan yang melibatkan isu sensitif seperti eksport kereta dan sekatan terhadap beras Amerika.
Ia turut dilihat sebagai satu kompromi penting selepas Trump sebelum ini mengancam untuk mengenakan tarif setinggi 25% ke atas barangan Jepun yang kini ditarik balik, memberi kelegaan kepada Tokyo yang merupakan pemegang terbesar bon Perbendaharaan AS bernilai $1.1 trilion.
Langkah ini juga selari dengan strategi agresif pentadbiran Trump yang terus menekan negara sekutu agar mengurangkan kebergantungan perdagangan dengan China, sebagai sebahagian daripada syarat rundingan dengan AS.
Kalau Jepun pun dah ‘sealed off’ deal besar demi kestabilan ekonomi mereka, anda pun takkan nak ketinggalan? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk tingkatkan skil trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link dan mula bersama H24H sekarang!