Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Aliran masuk produk pelaburan kripto yang diperdagangkan di bursa ETP/ETF mencatat $230 juta minggu lalu, namun momentum melambat berikutan pasaran menunggu keputusan mesyuarat Federal Reserve (Fed).
Sebaliknya, minggu tersebut menyaksikan aliran keluar sebanyak $405 juta selepas mesyuarat FOMC, menurut laporan terbaru CoinShares.
Walaupun begitu, rekod aliran masuk ini mengekalkan empat minggu berturut-turut, tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding minggu sebelumnya yang mencapai $1.06 bilion.
Ketua Penyelidikan CoinShares, James Butterfill, menyatakan bahawa perlahan ini lebih disebabkan pasaran menafsir mesyuarat Fed sebagai ‘hawkish pause’, Fed tidak menaikkan kadar faedah tetapi memberi isyarat kadar boleh naik pada masa depan.
Dari segi aset, Bitcoin memimpin aliran masuk dengan $219.2 juta, manakala Ether mencatat aliran keluar $27.5 juta, menamatkan rekod tiga minggu berturut-turut aliran masuk.
Solana pula terus popular dengan aliran masuk $17 juta untuk minggu ketujuh berturut-turut, menjadikan jumlah aliran masuknya $136 juta.
Aset lain seperti Chainlink dan Hyperliquid turut mencatat aliran masuk masing-masing $4.6 juta dan $4.5 juta.
Sejak awal tahun, ETP kripto mencatat aliran masuk $1.4 bilion, dengan Bitcoin mendominasi $1.2 bilion.
Jumlah aset di bawah pengurusan kini mencapai $138 bilion.
Di Amerika Syarikat, kira-kira 43% daripada aliran masuk Bitcoin ETP datang daripada spot Bitcoin ETFs, mencatat inflow $95.2 juta minggu lalu.
Walaupun mencatat aliran masuk empat minggu berturut-turut, ETF Bitcoin spot masih rugi sekitar $400 juta sejak awal tahun.
US spot Ether ETFs pula gagal mengekalkan aliran masuk selepas tiga minggu, dengan aliran keluar $60 juta minggu lalu.
























































