Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Nilai dolar AS menyusut sedikit ditenagh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan penurunan ketegangan geopolitik berkaitan Greenland.
Presiden Donald Trump menarik balik ancaman tarif terhadap negara sekutu dan menolak kemungkinan tindakan ketenteraan, membantu menstabilkan pasaran mata wang.
Penganalisis berkata pergerakan terkini lebih mencerminkan aktiviti lindung nilai berbanding aliran keluar besar-besaran daripada aset Amerika Syarikat.
Dolar Australia mengatasi prestasi mata wang utama lain selepas data pekerjaan yang kukuh meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah.
Yen Jepun pula kekal lemah di tengah ketidaktentuan politik dan kebimbangan terhadap campur tangan pasaran.
Tumpuan pasaran kini beralih kepada data inflasi PCE AS, yang dijangka menjadi pemangkin utama pergerakan mata wang seterusnya.
























































