Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
FBM KLCI memulakan pasaran saham pagi ini dengan catatan yang positif, apabila indeks utama mencatatkan kenaikan kecil seiring pergerakan pasaran serantau yang turut mengukuh.
Pada jam 9.17 pagi, pasaran saham tempatan mencatatkan kenaikan kecil sebanyak 0.04 mata kepada 1,686.58 berbanding penutupan Jumaat pada 1,686.54. Indeks penanda aras turut dibuka lebih tinggi pada paras 1,687.07.
Setakat pagi ini, sebanyak 81.59 juta unit saham telah didagangkan dengan nilai keseluruhan RM34.46 juta.
Di pasaran yang lebih luas, lebih banyak saham mencatatkan kenaikan berbanding penurunan, dengan 168 kaunter naik, 65 kaunter turun, manakala 296 kaunter kekal tidak berubah. Sebanyak 2,121 kaunter pula belum diniagakan.
Prestasi positif turut dilihat di pasaran serantau. Indeks STI Singapura meningkat 5.59 mata atau 0.12 peratus kepada 4,744.66, manakala indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 31.28 mata atau 0.68 peratus kepada 4,617.60.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun mencatatkan kenaikan ketara sebanyak 822.63 mata atau 1.61 peratus kepada 51,939.89.

























































