Logam berharga itu menghadapi sedikit tekanan jualan apabila peningkatan hasil bon dan lonjakan harga tenaga mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah minggu ini.
Pada jam 9 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,301 iaitu stabil sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Lonjakan Yields Bon Dan Spekulasi Kenaikan Kadar Faedah Fed
Hasil Perbendaharaan 10-tahun AS dilaporkan melepasi paras 5% buat kali pertama sejak 2023 pada hari Isnin.
Kebimbangan inflasi yang bertembung dengan keperluan pinjaman kerajaan dan korporat telah mewujudkan halangan utama buat pergerakan emas yang merupakan aset tidak memberikan pulangan (non-yielding asset).
Berdasarkan alat CME FedWatch, pasaran kini memperlihatkan kebarangkalian sebanyak 92.4% bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat dasar September hari Rabu.
Persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi secara tradisinya memberi tekanan kepada harga emas berikutan peralihan minat pelabur ke arah aset berfaedah.
Keputusan FOMC Dan Komen Jerome Powell Jadi Pemangkin Utama
Tumpuan penuh pasaran kini terarah kepada pengumuman keputusan kadar faedah Fed serta sidang media Pengerusi Fed, Jerome Powell, pada lewat hari Rabu.
Sebarang petunjuk atau komen yang memihak kepada pelonggaran dasar monetari boleh mengehadkan potensi kerugian emas dalam jangka masa pendek.
Pakar strategi di OCBC menjelaskan bahawa lantunan terkini harga emas berlaku serentak dengan penurunan hasil bon dari paras tertinggi 5% serta pengunduran harga minyak mentah yang meredakan sebahagian tekanan inflasi.
Walaupun mengekalkan pandangan jangka sederhana yang positif terhadap emas, pihak OCBC memberi amaran bahawa mesyuarat FOMC bakal menjadi ujian utama sama ada pemulihan harga jongkong emas mampu dilanjutkan atau kembali mendatar.
Intraday Outlook
Secara teknikal, harga emas dijangka terus berdagang dalam julat sempit berhampiran zon sokongan kritikal $4,280 hingga $4,300 seons menjelang pelepasan keputusan mesyuarat FOMC. Penembusan di bawah paras sokongan ini berpotensi membuka ruang kejatuhan lanjut menuju zon $4,250.
Sebaliknya, sekiranya kenyataan Fed tampil lebih dovish daripada jangkaan, rintangan terdekat yang perlu dilepasi bagi membolehkan lonjakan semula harga emas terletak pada paras $4,335 sebelum menguji semula puncak pertengahan $4,360 seons.

























































