• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Siapa Duke dan Bagaimana ‘Old Money’ Britain Kekal Kaya?

Siapa Duke dan Bagaimana ‘Old Money’ Britain Kekal Kaya?

14 September 2026
KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

30 October 2026
Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

30 October 2026
Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

KDNK Kanada ‘Beku’ 2 Bulan Berturut-Turut! Pasaran Mula Cemas Prospek Suku Akhir 2026

30 October 2026
Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

30 October 2026
Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

30 October 2026
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

30 October 2026
Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

30 October 2026
BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

30 October 2026
Ringkasan Pagi: Minyak Kembali Mendaki, Yen Menanti BOJ

Ringkasan Pagi: Minyak Kembali Mendaki, Yen Menanti BOJ

30 October 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

29 October 2026
Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

29 October 2026
PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

29 October 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Saturday, 31 October 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

    KDNK Zon Euro Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

    Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

    KDNK Kanada ‘Beku’ 2 Bulan Berturut-Turut! Pasaran Mula Cemas Prospek Suku Akhir 2026

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

    Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

    PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

    Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

    Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

    Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

    Selepas 3 Tahun Menunggu: Bank of Canada Naik Kadar Faedah Kepada 2.50%!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

    BTC Menghampiri Fasa Pergerakan Besar, XRP Masih Mendatar

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Perangkap Pilihan Raya Menanti? Pasaran Kripto Terumbang-ambing!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    BTC Sukar Pulih & XRP Berdepan Risiko Jatuh Lebih Rendah?

    BTC Menanti Keputusan Fed, XRP Belum Mampu Bangkit

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

Siapa Duke dan Bagaimana ‘Old Money’ Britain Kekal Kaya?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
14 September 2026
in Artikel Umum
0
Siapa Duke dan Bagaimana ‘Old Money’ Britain Kekal Kaya?
422
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Siri Netflix The Gentlemen membawa penonton ke dunia Eddie Horniman, seorang bekas tentera yang mewarisi gelaran Duke bersama rumah agam dan estet keluarga yang luas.

Walaupun ceritanya fiksyen, konsep kekayaan keluarga Horniman mempunyai persamaan dengan dunia sebenar aristokrat Britain. Sehingga hari ini, masih terdapat keluarga bergelar Duke yang memiliki tanah, hartanah, karya seni dan perniagaan bernilai ratusan juta hingga berbilion pound.

Inilah dunia “old money” dimana kekayaan yang dibina, diwarisi dan dikembangkan merentas beberapa generasi.

Siapa Sebenarnya Duke?

Duke merupakan pangkat tertinggi dalam sistem British peerage, diikuti Marquess, Earl, Viscount dan Baron.

Namun Duke pada zaman moden bukan pemerintah sebuah wilayah. Gelaran seperti Duke of Westminster atau Duke of Devonshire tidak memberikan kuasa untuk mengenakan cukai, menggubal undang-undang atau mempunyai kerajaan sendiri.

Kekuatan ekonomi mereka datang daripada aset yang diwarisi. Sebahagian keluarga aristokrat Britain telah memiliki tanah selama ratusan tahun. Apabila bandar berkembang, nilai tanah meningkat dan aset tersebut kemudian dikembangkan kepada hartanah kediaman, bangunan komersial, pertanian, pelancongan serta pelaburan.

1. Duke of Westminster — £9.68 Bilion

Hugh Grosvenor, Duke of Westminster. Foto: UK Government/OGL v3.0 via Wikimedia Commons

Hugh Grosvenor, Duke of Westminster ke-7, merupakan contoh paling jelas bagaimana “old money” boleh bertukar menjadi empayar korporat moden.

Sunday Times Rich List 2026 menganggarkan kekayaan keluarga Grosvenor sekitar £9.677 bilion, atau lebih RM50 bilion pada kadar pertukaran semasa. Keluarga Grosvenor mempunyai sejarah panjang pemilikan dan pembangunan hartanah premium London, khususnya di kawasan seperti Mayfair dan Belgravia.

Apabila London berkembang menjadi pusat kewangan global, tanah yang diwarisi keluarga itu berubah menjadi antara hartanah paling mahal di dunia.

Selepas dilakukan selama beberapa generasi, proses ini menghasilkan kesan compounding yang sangat besar.

2. Duke of Devonshire — £915 Juta

Peregrine Cavendish, Duke of Devonshire ke-12, pula mempunyai kekayaan dianggarkan sekitar £915 juta dalam Sunday Times Rich List 2026.

Antara aset keluarga Cavendish yang terkenal ialah Chatsworth House di Derbyshire dan Bolton Abbey Estate di North Yorkshire.

Mereka menggunakan estet ini menghasilkan pendapatan melalui pelancongan, pertanian, hartanah, hotel, restoran, acara dan pelbagai aktiviti komersial. Pendapatan ini yang akan digunakan untuk menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi dan membayar gaji pekerja.

3. Duke of Bedford — £882 Juta

Andrew Russell, Duke of Bedford ke-15, mempunyai kekayaan sekitar £882 juta, berdasarkan Sunday Times Rich List 2026. Keluarga Bedford mempunyai kaitan dengan tanah, karya seni dan Woburn Abbey di Bedfordshire.

Woburn menjadi contoh bagaimana keluarga aristokrat menyesuaikan aset warisan dengan ekonomi moden. Estet dibuka kepada pengunjung dan dikembangkan dengan aktiviti komersial bagi membantu membiayai operasi serta penyelenggaraannya.

Rumah agam yang dahulunya simbol status akhirnya perlu berfungsi seperti sebuah perniagaan.

4. Duke of Northumberland — Lebih £500 Juta

Ralph Percy, Duke of Northumberland ke-12, mengetuai satu lagi keluarga pemilik tanah besar Britain.

Sunday Times Rich List 2025 menganggarkan kekayaan keluarganya sekitar £517 juta. Antara aset paling terkenal ialah Alnwick Castle, yang turut dikenali sebagai salah satu lokasi penggambaran filem Harry Potter.

Keluarga Percy mempunyai kepentingan tanah dan hartanah melalui Northumberland Estates. Alnwick pula menunjukkan bagaimana istana berusia ratusan tahun boleh memperoleh sumber pendapatan baharu melalui pelancongan dan industri hiburan.

5. Duke of Buccleuch — Tanah Luas, Kekayaan Sukar Dinilai

Richard Scott, Duke of Buccleuch ke-10, mempunyai antara pemilikan tanah aristokrat paling besar di Britain.

Operasi Buccleuch merangkumi kira-kira 190,000 ekar, melibatkan tanah pertanian, perhutanan, hartanah, hospitaliti dan tenaga boleh diperbaharui.

Nilai kekayaan peribadi Duke sukar dibandingkan secara langsung kerana sebahagian aset keluarga aristokrat dipegang melalui syarikat, trust dan struktur pemilikan lain.

Ini juga menunjukkan kenapa net worth tidak semestinya memberikan gambaran penuh mengenai kekayaan old money.

Kenapa Duke of Westminster Jauh Lebih Kaya?

Eaton Hall, Cheshire, kediaman keluarga Duke of Westminster. Foto: Wikimedia Commons

Jawapannya bukan siapa mempunyai tanah paling luas tetapi dimana lokasi tanah tersebut. Puluhan ribu ekar kawasan luar bandar boleh bernilai lebih rendah berbanding beberapa ratus ekar hartanah premium di tengah London.

Nilai tanah bergantung kepada lokasi, kegunaan, permintaan, potensi pembangunan dan kemampuan aset tersebut menghasilkan pendapatan.

Sebab itu keluarga Grosvenor boleh mempunyai kekayaan hampir £10 bilion walaupun keluarga aristokrat lain memiliki kawasan tanah yang jauh lebih luas.

Old Money Perlu Hasilkan New Money

Di sinilah realiti The Gentlemen mempunyai persamaan menarik dengan dunia sebenar.

Eddie Horniman mempunyai gelaran Duke, rumah agam, tanah dan status sosial. Namun memiliki aset bernilai tinggi tidak semestinya bermaksud mempunyai aliran tunai yang besar.

Konsep ini dikenali sebagai asset rich, cash poor. Estet perlu dibaiki, pekerja perlu dibayar dan tanah perlu diurus. Jika aset tidak menghasilkan pendapatan, kekayaan keluarga akhirnya boleh terhakis.

Sebab itu aristokrat Britain moden mengkomersialkan aset mereka melalui hartanah, pertanian, hotel, acara, pelancongan dan tenaga boleh diperbaharui.

The Gentlemen membawa idea itu ke tahap ekstrem apabila tanah keluarga Horniman digunakan sebagai tapak operasi ganja keluarga Glass.

Tags: duke of britiainthe gentlemen
ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

by Team INTRADAY
30 October 2026
0

Berita besar sudah keluar. Sekarang masa untuk bedah reaksi pasaran. Malam ini, sertai Intraday Education secara bersemuka untuk sesi perbincangan...

Aset Kripto Boleh Hilang Jika Tiada Perancangan Pewarisan!

Aset Kripto Boleh Hilang Jika Tiada Perancangan Pewarisan!

by Team INTRADAY
20 October 2026
0

Perancangan pewarisan mata wang kripto semakin penting apabila aset digital menjadi sebahagian daripada kekayaan pelabur. Tanpa maklumat akses dan arahan...

8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Hari ini, nama seperti Warren Buffett, Bill Gates dan Elon Musk sering dikaitkan dengan kekayaan luar biasa serta kejayaan dalam...

Skandal Kewangan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Skandal Kewangan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, negara telah melalui beberapa episod kontroversi kewangan yang melibatkan syarikat kerajaan, institusi kewangan dan...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

30 October 2026
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

30 October 2026
Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

29 October 2026
KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

0
Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

0
Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

KDNK Kanada ‘Beku’ 2 Bulan Berturut-Turut! Pasaran Mula Cemas Prospek Suku Akhir 2026

0
KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

KDNK Zon Euro Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

30 October 2026
Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

30 October 2026
Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

KDNK Kanada ‘Beku’ 2 Bulan Berturut-Turut! Pasaran Mula Cemas Prospek Suku Akhir 2026

30 October 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.