Harga emas sebelum itu melantun menghampiri $4,360 apabila pasaran melihat potensi perkembangan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran sebagai faktor yang boleh meredakan ketegangan geopolitik.
Pada jam 9 pagi, ia berada pada sekitar $4,347 pada jam 9 pagi, susut 0.22% sejak pembukaan dagangan Rabu dalam sesi Asia.
Rundingan AS-Iran Jadi Perhatian
Menurut laporan CNBC pada Selasa, Presiden AS Donald Trump memaklumkan bahawa pegawai AS mengadakan pertemuan selama kira-kira tiga jam dengan delegasi Iran dan menyifatkannya sebagai perkembangan positif.
Iran juga dilaporkan menawarkan untuk membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh tujuh hari, manakala Arab Saudi dilaporkan merancang untuk mengaktifkan semula saluran paip Timur-Barat seawal minggu ini. Namun, perkembangan tersebut belum disahkan secara bebas.
Hawkish Fed Hadkan Kenaikan Emas
Pada masa sama, pendirian hawkish Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menjadi tekanan kepada emas.
Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu dan memberi isyarat bahawa kadar mungkin dinaikkan lagi dalam beberapa bulan akan datang.
Presiden Fed St. Louis, Alberto Musalem, turut menyatakan bahawa kenaikan kadar selanjutnya mungkin diperlukan bagi mengekang inflasi susulan permintaan yang kukuh serta tekanan harga komoditi.
Kadar faedah yang lebih tinggi cenderung meningkatkan kos peluang memegang emas kerana logam berharga itu tidak menawarkan pulangan faedah, sekali gus menjadikan aset berfaedah lebih menarik kepada pelabur.
Intraday Outlook
XAU/USD dijangka kekal berhati-hati sekitar $4,340–$4,360, dengan sentimen emas masih dipengaruhi perkembangan rundingan AS-Iran serta pendirian hawkish Fed.
Kawasan $4,340 menjadi sokongan terdekat, manakala $4,360 merupakan rintangan awal. Penembusan kukuh di atas $4,360 boleh membuka ruang kepada pemulihan lebih tinggi, manakala tekanan di bawah $4,340 berisiko membawa emas menguji paras lebih rendah.
















































