Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin kini jelas menjadi tumpuan utama apabila aliran wang besar semakin berpihak kepadanya kerana sejak pelancaran Bitcoin ETF, sekitar $56 bilion telah disalurkan oleh pelabur institusi di seluruh dunia.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin kini berada di paras $66,335 iaitu positif 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Menurut CEO Bitmine, Tom Lee, persepsi bahawa emas adalah pelindung nilai terbaik semakin goyah.
Berdasarkan data sejarah, emas gagal menandingi inflasi hampir 48% daripada masa sepanjang 55 tahun lalu.
Malah, harga emas juga dilaporkan jatuh lebih 15% baru-baru ini, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keupayaannya sebagai ‘safe haven’.
Sebaliknya, Bitcoin dilihat semakin kukuh sebagai alternatif moden.
Sejak diperkenalkan pada 2009, aset digital ini dikatakan berjaya mengatasi inflasi sebanyak 97% masa.
Salah satu faktor utama adalah bekalannya yang terhad kepada 21 juta unit sahaja, sesuatu yang tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana bank pusat.
Kemasukan dana besar ke dalam Bitcoin ETF turut mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia kewangan.
Apa yang dahulunya dianggap sebagai aset spekulatif kini semakin diterima sebagai instrumen pelaburan arus perdana, setanding dengan komoditi seperti emas dan minyak.
Dalam masa sama, Ethereum turut mendapat perhatian apabila disebut sebagai potensi tulang belakang sistem kewangan masa depan.
Dengan keupayaan untuk menyokong tokenisasi dan transaksi digital, ia dilihat mampu menghubungkan dunia kewangan tradisional dengan teknologi blockchain.




























































