Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Harga Ethereum kembali menunjukkan momentum positif apabila melonjak sekitar 6% dan berjaya melepasi paras $2,100.
Ketika artikel ini ditulis, harga Ethereum kini berada di paras $2,155.13 iaitu menurun 0.04% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Namun, di sebalik kenaikan ini, data pasaran mendedahkan satu isyarat yang agak membimbangkan apabila permintaan daripada pelabur Amerika Syarikat masih belum pulih sepenuhnya.
Melalui indikator Coinbase Premium Index, harga ETH di Coinbase dilihat lebih rendah berbanding Binance, menandakan tekanan jual atau kekurangan minat beli daripada pelabur institusi AS.
Ini menunjukkan bahawa kenaikan harga semasa kemungkinan besar didorong oleh pelabur global, bukannya ‘whales’ dari Amerika yang kebiasaannya menjadi pemacu utama pasaran.
Walaupun begitu, dari sudut jangka panjang, Ethereum masih mempunyai asas yang kukuh.
Sebelum ini, indikator MVRV Ratio menunjukkan aset ini berada dalam zon kerugian yang secara sejarah sering dianggap sebagai peluang belian terbaik.
Dari paras sekitar $1,800, ETH berjaya bangkit semula, memberi harapan bahawa trend pemulihan masih berpotensi diteruskan.
Kenaikan Ethereum kali ini memberi isyarat positif, tetapi kekurangan sokongan daripada pelabur institusi AS menjadikan rally ini masih rapuh dan perlu diperhatikan dengan lebih berhati-hati.






















































