Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
XRP mendapat perhatian daripada pasaran kripto apabila data terkini daripada Glassnode mendedahkan bahawa pemegangnya kini menghadapi kerugian belum direalisasikan hampir $51 bilion.
Ketika artikel ini ditulis, harga XRP kini berada di paras $1.3504 iaitu positif 0.03% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Kira-kira 36.8 bilion token XRP berada dalam keadaan rugi, menandakan sebahagian besar ekosistem ini kini sedang terperangkap pada harga yang lebih rendah daripada kos asal pembelian mereka.
Perjalanan harga XRP sepanjang 2025 boleh digambarkan seperti rollercoaster yang turun naik.
Token ini pernah melonjak melepasi $1, $2, malah mencecah paras $3, menjadikan hampir semua pemegang berada dalam keuntungan.
Namun kegembiraan itu tidak lama apabila harga mula merosot kembali ke julat $1–$2, menjadikan sebahagian besar pemegang kini dalam kerugian.
Kawasan kerugian belum direalisasikan ini kini meningkat ke paras yang hampir menandingi tahap sakit maksimum seperti yang pernah dicatatkan dalam pasaran lemah sebelumnya.
Selepas kenaikan sementara pada Januari, XRP kembali menghadapi tekanan jualan yang berat.
Harga menembusi beberapa paras sokongan penting tanpa banyak pantulan, dan kini berada sekitar $1.34, menurut data CoinGecko.



























































