Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Momentum ETF XRP kini dilihat semakin suram selepas mencetuskan keterujaan besar pada hari pelancarannya.
Ketika artikel ini ditulis, harga XRP kini berada di paras $1.3422 iaitu menurun 0.04% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Lebih tiga bulan sejak produk pertama diperkenalkan, minat pelabur terhadap dana dagangan bursa yang menjejak harga XRP semakin pudar, malah ada hari langsung tiada aliran dana direkodkan.
Ketika dilancarkan oleh Canary Capital pada November lalu, ETF XRPC mencatat volum dagangan hari pertama yang memecahkan rekod 2025.
Empat lagi produk berkaitan XRP menyusul tidak lama kemudian, dengan jumlah aliran masuk dana melonjak pantas melepasi paras $1 bilion. Namun, euforia itu tidak bertahan lama.
Memasuki Januari dan Februari, aliran keluar dana mula mendominasi.
Puluhan juta dolar ditarik keluar dalam beberapa minggu berturut-turut.
Lebih membimbangkan, terdapat hari dagangan yang mencatatkan aliran sifar iaitu sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak produk tersebut diperkenalkan.
Secara keseluruhan, jumlah aliran masuk terkumpul kini mendatar sekitar $1.23 bilion tanpa pertumbuhan baharu yang ketara.
Dalam masa sama, harga XRP turut terkesan.
Walaupun sempat melonjak melebihi $1.65 hujung minggu lalu, kenaikan itu hanya sementara.
Harga kembali susut ke sekitar $1.40 dan kini mencatat penurunan lebih 10% dalam tempoh seminggu.
Tekanan daripada pedagang ‘short’ juga dilihat masih kuat, menambahkan lagi tekanan jualan dalam pasaran.
Walau bagaimanapun, firma analitik kripto Santiment berpandangan bahawa XRP mungkin berada dalam zon sedikit undervalued berdasarkan nisbah MVRV 30 hari.
Sejarah menunjukkan bahawa lonjakan kerugian direalisasikan yang tinggi kadangkala menjadi petanda awal kepada pemulihan harga yang signifikan seperti yang pernah berlaku pada 2022.
























































