• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
KKR Labur Dalam Avisena, Hospital Swasta Malaysia Jadi Rebutan Modal Global

KKR Labur Dalam Avisena, Hospital Swasta Malaysia Jadi Rebutan Modal Global

4 September 2026
Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

6 November 2026
Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

6 November 2026
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

6 November 2026
BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

6 November 2026
Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

5 November 2026
Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

5 November 2026
Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

5 November 2026
BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

5 November 2026
Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

5 November 2026
Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

4 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 6 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

    Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    Jurang Bon Jerman-Perancis Jadi Mimpi Ngeri Zon Eropah? Ini Rincian Terbaru

    Dilema Frankfurt: Inflasi 4% Menuntut Tindakan, Namun Bon Perancis Kian Parah!

    Harga Emas Jatuh Bawah AS$3,950, Dolar AS Mengukuh

    Harga Emas Jatuh Bawah AS$3,950, Dolar AS Mengukuh

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

    BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

    Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

    BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Saham

KKR Labur Dalam Avisena, Hospital Swasta Malaysia Jadi Rebutan Modal Global

Team INTRADAY by Team INTRADAY
4 September 2026
in Saham
0
KKR Labur Dalam Avisena, Hospital Swasta Malaysia Jadi Rebutan Modal Global
577
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Sektor penjagaan kesihatan swasta Malaysia nampaknya semakin mendapat perhatian pelabur besar dunia.

Firma pelaburan global KKR kini bersetuju membuat pelaburan minoriti dalam Avisena Healthcare, pengendali Avisena Specialist Hospital dan Avisena Specialist Hospital 2 di Shah Alam.

Nilai rasmi transaksi tidak didedahkan namun laporan Reuters sebelum ini menyebut KKR muncul sebagai pembida pilihan bagi pegangan sekitar 20% hingga 25% dalam Avisena, dengan transaksi berpotensi bernilai RM300 juta hingga RM400 juta dan meletakkan nilai syarikat sekitar RM1.5 bilion.

Persoalannya, apa yang KKR nampak dalam industri hospital Malaysia?

Hospital Swasta Semakin Jadi Aset Bernilai

Dana daripada KKR akan digunakan untuk mengembangkan perkhidmatan pelbagai kepakaran di hospital Avisena di Shah Alam selain membangunkan hospital baharu di Lembah Klang.

Avisena kini mempunyai lebih 250 katil berlesen dan dilaporkan merancang meningkatkan kapasiti kepada hampir 600 katil menjelang 2029.

Antara projek utama ialah menara baharu di Shah Alam yang dijangka beroperasi pada 2027 serta sebuah hospital pakar 156 katil di Cyberjaya yang disasarkan siap pada 2029.

Ini penting kerana hospital mempunyai satu ciri yang menarik kepada pelabur jangka panjang: permintaannya tidak semata-mata bergantung kepada kitaran ekonomi.

Penduduk bertambah, pendapatan meningkat, populasi semakin berusia dan permintaan terhadap rawatan perubatan swasta terus berkembang.

Pada masa sama, membina hospital bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam beberapa bulan. Ia memerlukan tanah, modal yang besar, kelulusan, doktor pakar, peralatan dan masa untuk membina reputasi.

Apabila permintaan berkembang lebih cepat daripada kapasiti, aset hospital yang sudah mempunyai rangkaian pesakit dan doktor menjadi semakin bernilai.

Bukan KKR Sahaja Yang Nampak Peluang

Sejak 2004, firma tersebut telah melaburkan lebih AS$20 bilion dalam ekosistem penjagaan kesihatan global. Portfolio healthcare KKR di Asia Pasifik termasuk Medical Saigon Group di Vietnam dan Metro Pacific Hospital Holdings di Filipina selain pelaburan di India, Jepun dan China.

Malah, minat terhadap hospital Malaysia tidak terhad kepada KKR.

Sunway Healthcare pada tahun ini mengumpul RM2.9 bilion menerusi IPO, yang menjadi penyenaraian terbesar Malaysia dalam tempoh sembilan tahun ketika itu.

Pada masa sama, TPG dilaporkan sedang mempertimbangkan IPO bagi aset hospital Asia OneHealthcare, termasuk rangkaian hospitalnya yang besar di Malaysia.

Apabila beberapa pengurus modal antarabangsa mula memburu aset dalam sektor yang sama, ia memberikan satu signal menarik iaitu bidang kesihatan Malaysia kini semakin dilihat sebagai ‘growth sector’.

Bagaimana Pula Dengan Saham Healthcare Di Bursa Malaysia?

Pelabur runcit mungkin tidak boleh membeli saham Avisena kerana ia bukan syarikat tersenarai.

Tetapi tema pertumbuhan healthcare yang sama sebenarnya boleh diperhatikan melalui beberapa syarikat di Bursa Malaysia.

Antara nama paling langsung ialah IHH Healthcare, salah satu kumpulan hospital swasta terbesar di rantau ini, dan KPJ Healthcare, yang mempunyai rangkaian hospital luas di Malaysia.

Turut berada dalam ekosistem healthcare ialah Sunway Healthcare, manakala bagi segmen farmaseutikal terdapat syarikat seperti Duopharma Biotech dan Pharmaniaga.

Menariknya, prestasi operasi hospital swasta juga menunjukkan tanda permintaan yang kukuh.

Bagi suku pertama 2026, EBITDA operasi Malaysia bagi IHH dilaporkan meningkat 16% tahun ke tahun, KPJ sekitar 4% dan Sunway Healthcare sekitar 29%. Peningkatan intensiti hasil setiap pesakit turut dicatatkan apabila hospital menerima lebih banyak kes akut dan kompleks.

Di bahagian farmaseutikal pula, Duopharma mencatatkan keuntungan selepas cukai RM60.59 juta bagi separuh pertama 2026, meningkat 32.2% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hospital, farmaseutikal dan pembekal peralatan perubatan mempunyai model perniagaan serta risiko yang berbeza. Pelabur tidak seharusnya menganggap semua saham di bawah label “healthcare” akan mendapat manfaat yang sama.

Kenapa Pemodal Besar Suka Healthcare?

Sektor ini mempunyai beberapa ciri yang sukar ditemui dalam industri lain.

Permintaan terhadap rawatan kesihatan cenderung berulang, terdapat halangan kemasukan yang tinggi untuk membina hospital baharu dan pertumbuhan kelas pertengahan meningkatkan kemampuan masyarakat mendapatkan rawatan swasta.

Malaysia turut mempunyai satu lagi kelebihan iaitu pelancongan perubatan.

Apabila kapasiti hospital bertambah, ia bukan sahaja boleh memenuhi permintaan pesakit tempatan tetapi berpotensi menarik lebih ramai pesakit antarabangsa.

Dalam bahasa pelaburan, hospital yang sudah mempunyai jenama, lokasi strategik, doktor pakar dan kadar penggunaan kapasiti yang baik boleh menjadi aset yang mempunyai high barriers to entry serta peluang menghasilkan recurring cash flow.

Sebab itu private equity sanggup masuk lebih awal dan menyediakan modal untuk expansion.

Adakah Saham Healthcare Bursa Akan Jadi Rebutan Seterusnya?

Kemasukan KKR ke Avisena tidak bermaksud semua saham healthcare di Bursa Malaysia secara automatik akan naik. Tetapi transaksi tersebut memberi satu petunjuk mengenai bagaimana institusi global menilai prospek sektor ini.

KKR sanggup meletakkan modal untuk membantu Avisena menambah kapasiti. Sunway Healthcare pula berjaya mendapatkan berbilion ringgit melalui pasaran modal, sementara aset hospital Malaysia yang lain turut menarik perhatian private equity antarabangsa.

Hospital swasta di Malaysia kini bukan sekadar tempat mendapatkan rawatan. Ia semakin menjadi aset strategik yang diburu modal global.

Dan bagi pelabur Bursa Malaysia, mungkin sudah tiba masanya sektor healthcare dinilai bukan sekadar kerana sifat defensifnya, tetapi kerana siapa yang sedang membeli, berapa banyak modal yang sedang masuk dan sejauh mana kapasiti hospital Malaysia perlu berkembang dalam dekad akan datang.

Tags: Avisena HealthcareKKRSunway Healthcare
ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

by Team INTRADAY
28 October 2026
0

Awal pagi Khamis ini, jam 2.00 pagi, pengumuman FOMC bakal menjadi tumpuan pasaran. Apa yang sedang diperhatikan pasaran, dan bagaimana...

Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

by Team INTRADAY
27 October 2026
0

Pasaran saham Wall Street ditutup dalam zon positif pada sesi dagangan hari Selasa, dipacu oleh kebangkitan semula selera risiko pelabur...

Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

by Team INTRADAY
26 October 2026
0

Sektor kecerdasan buatan (AI) global menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila syarikat perintis AI, Anthropic, secara rasmi memfailkan prospektus pelaburan...

Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

by Team INTRADAY
15 October 2026
0

Pasaran saham Asia berdepan gelombang pembubaran modal yang parah pada sesi dagangan semalaman apabila sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI)...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

6 November 2026
Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

5 November 2026
Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

0
Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

0
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

0
Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

6 November 2026
Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

6 November 2026
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

6 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.