Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin kekal tertekan pada hari Selasa walaupun mencatat lantunan singkat daripada paras terendah 10 bulan, dengan aktiviti pasaran opsyen menunjukkan para pelabur masih berhati-hati terhadap risiko penurunan lanjut.
Dagangan Bitcoin kebanyakannya mendatar di bawah paras $78,500, selepas hampir mencecah paras terendah sejak Presiden Donald Trump kembali ke Rumah Putih, mencerminkan sentimen pasaran yang masih rapuh.
Data opsyen menunjukkan paras $75,000 kekal sebagai sokongan utama manakala sokongan seterusnya dianggarkan sekitar AS$70,000.
Pasaran derivatif turut memberi isyarat negatif apabila kadar pembiayaan niaga pasaran hadapan kekal Bitcoin bertukar negatif. Ini secara tidak langsung mencerminkan dominasi posisi penjualan dan tahap pesimisme yang meningkat dalam kalangan pemain pasaran.
Walaupun Bitcoin sempat melonjak dalam dagangan awal Asia, volatiliti kekal tinggi, menandakan pasaran masih tidak stabil dan sensitif terhadap pergerakan harga jangka pendek.



















































