Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin kembali tergelincir di bawah $65,000 sebelum kembali mengukuh. Hal ini berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS meningkatkan tekanan ke atas aset berisiko.
Langkah Trump menaikkan tarif global kepada 15% mencetuskan kegelisahan pasaran, dengan saham AS dan dolar turut susut pada awal dagangan.
Ethereum dan token lain turut mencatat penurunan lebih besar, manakala pasaran kripto menyaksikan susut nilai $100 bilion dalam sehari.
Aliran keluar berterusan daripada dana spot Bitcoin di AS menandakan pelabur institusi masih berhati-hati terhadap prospek jangka pendek.
Penganalisis menyatakan pasaran kini rapuh dan sokongan sekitar $60,000 menjadi tumpuan utama jika tekanan berterusan. Untuk mengubah sentimen, Bitcoin perlu merampas semula paras $70,000, menurut pemerhati pasaran.
Pasaran kini memerhatikan perkembangan perbincangan tarif Trump bagi menjangkah arah tuju pergerakan pasaran.



























































