Peningkatan konflik peperangan di Timur Tengah semakin memuncak selepas tentera Iran mengesahkan pelancaran serangan dron ke atas pangkalan udara tentera Amerika Syarikat di Kuwait dan Bahrain. Tindakan ini merupakan tinadakan balas secara langsung terhadap siri pengeboman berskala besar oleh tentera A.S. ke atas puluhan sasaran Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di seluruh wilayah Iran.
Konflik serantau ini turut mula merebak ke wilayah Afrika Utara selepas kerajaan Mesir mengesahkan insiden serangan dron ke atas dua buah kapal di Pelabuhan Damietta, Laut Mediterranean. Kejadian yang mencetuskan kebakaran tersebut merupakan serangan pertama di atas tanah Mesir sejak pertempuran A.S.-Iran meletus pada akhir Februari lalu.
Pakar analisis risiko daripada Verisk Maplecroft dengan memberi amaran bahawa peluasan julat serangan mariti yang kini merangkumi Laut Mediterranean hingga ke Lautan Hindi membawa maksud era baharu ancaman navigasi antarabangsa. Kemudahan strategik Terusan Suez kini dinilai sebagai sasaran berpotensi yang boleh melumpuhkan rantaian bekalan perdagangan global.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah Brent melonjak semula ke paras $89.53 setong manakala WTI A.S. naik kepada $84.04 setong. Kenaikan harga tenaga ini didorong oleh laporan media rasmi Iran bahawa pihak IRGC telah menyekat laluan kapal tangki minyak dan memaksa beberapa kapal lain mengubah haluan di Selat Hormuz.
Dari sudut perkembangan politik Washington, Presiden Donald Trump menggesa Kongres A.S. agar memasukkan cadangan mengenakan tarif tambahan ke atas Iran dalam rang undang-undang sekatan baharu. Walaupun volume perdagangan A.S.-Iran adalah minimum, cadangan ini dijangka mencetuskan perdebatan politik dan melengahkan kelulusan sekatan berkenaan.
























































