Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Peter Thiel dan Founders Fund kini memegang 0.0% pegangan dalam ETHZilla, menurut pemfailan 13G/A pada 17 Februari, menandakan berakhirnya satu eksperimen besar dalam dunia kripto.
Ketika artikel ini ditulis, harga Ethereum berada di paras $1,964.45 iaitu positif 0.03% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Thiel, yang pernah menjadi pemegang saham utama, kini telah keluar sepenuhnya dan satu langkah yang memberi mesej kuat kepada pasaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat ini.
ETHZilla muncul dengan idea yang berani meniru model Strategy, tetapi dengan Ethereum.
Jika Strategy membina naratif sebagai syarikat awam pemegang Bitcoin, ETHZilla mahu menjadi jambatan untuk pelabur saham mendapatkan pendedahan kepada ETH tanpa perlu memegang kripto sendiri.
Saham menjadi proksi kepada Ethereum, manakala Nasdaq menjadi pentas untuk strategi ini.
Tetapi realiti pasaran jauh lebih mencabar. Sejak Ogos 2025, saham ETHZ telah merudum hampir 95%, dari sekitar $74 ke sekitar $3.50.
Dalam tempoh itu, syarikat terpaksa menjual ribuan ETH bernilai jutaan dolar untuk menampung tekanan kewangan dan kemudian menebus hutang convertible notes bernilai ratusan juta, termasuk premium dan faedah.
Semua ini menunjukkan bahawa modal yang digunakan bukan murah, dan pasaran tidak lagi memberi ruang untuk kesilapan.
Masalah sebenar terletak pada struktur model treasury itu sendiri.
Ia bergantung kepada saham diperdagangkan pada premium, kos pembiayaan rendah, dan pulangan daripada staking atau futures carry cukup besar untuk menampung kitaran kewangan.
Apabila staking yield sekitar 2–3% setahun dan carry derivatif juga rendah, setiap keputusan pengurusan menjadi lebih kritikal, dan pasaran mula menilai eksekusi syarikat lebih daripada sekadar nilai Ethereum yang dimiliki.
Keluar Thiel mungkin tidak menjawab soalan ‘kenapa’, tetapi angka 0.0% itu sendiri cukup jelas memberi isyarat, naratif hebat boleh diuji oleh realiti pasaran, dan strategi yang kelihatan kukuh boleh menjadi rapuh apabila keadaan berubah.

























































