Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
XRP mencuri perhatian pasaran apabila melonjak hampir 18.7% dalam dagangan intraday, mencetuskan sentimen bullish dalam kalangan pelabur.
Ketika artikel ini ditulis, harga XRP kini berada di paras $1.4677 iaitu menurun 0.08% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Namun, momentum itu tidak kekal lama dan menunjukkan tekanan jualan masih membayangi pasaran.
Lonjakan pantas ini rupa-rupanya menjadi peluang untuk ramai pemegang mengambil untung awal.
Data aliran masuk ke bursa menunjukkan XRP terus dihantar ke exchange iaitu satu isyarat jelas bahawa pelabur bersedia untuk menjual setiap kali harga naik.
Corak ini sering menghalang breakout yang lebih kukuh dan menyebabkan harga kembali mendatar.
Tambahan pula, indikator MVRV menunjukkan keuntungan kini lebih banyak dipegang oleh pelabur jangka pendek.
Golongan ini biasanya bertindak pantas dan cenderung menjual sebaik sahaja melihat keuntungan, sekali gus menyumbang kepada rally yang cepat terhenti.
Dari sudut teknikal, paras $1.51 menjadi sokongan penting yang perlu dipertahankan.
Jika tekanan jualan berterusan, harga berpotensi susut ke sekitar $1.36.
Namun sekiranya XRP berjaya menembusi rintangan utama di $1.62, struktur kenaikan akan menjadi lebih kukuh dengan sasaran seterusnya sekitar $1.76.
Buat masa ini, hala tuju XRP bergantung kepada satu faktor utama iaitu sama ada tekanan ambil untung akan reda atau terus mengekang setiap percubaan kenaikan.
Pasaran nampak berminat, tetapi keyakinan masih belum cukup kuat untuk menyokong rally yang berpanjangan.


























































