Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bank Pusat Eropah dijangka mengekalkan kadar deposit pada 2.00% sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini, menurut tinjauan Reuters, walaupun inflasi jatuh ke paras terendah 16 bulan.
Inflasi zon Eropah merosot kepada 1.7% pada Januari, di bawah sasaran 2%, namun ekonomi kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan 0.3% pada suku akhir tahun 2025.
Majoriti ahli ekonomi menjangka ECB akan terus mengekalkan kadar sehingga sekurang-kurangnya sehingga tahun 2027. Ini secara tidak langsung menandakan tempoh kadar tidak berubah paling lama sejak era kadar negatif berakhir.
Unjuran menunjukkan ekonomi akan berkembang 1.2% pada tahun ini dan 1.4% pada 2027, manakala inflasi dijangka catat bacaan purata 1.8% pada tahun ini sebelum kembali kepada 2.0% tahun hadapan.
Walaupun terdapat risiko luaran dan kemungkinan tekanan disinflasi daripada euro yang lebih kukuh, penganalisis menyatakan ECB berada dalam kedudukan stabil untuk mengekalkan kadar buat masa ini.
























































