24 Jam Akan Datang Sangat Kritikal Untuk Ukraine – Zelensky

1,924

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dilaporkan telah memberitahu Perdana Menteri UK, Boris Johnson bahawa 24 jam akan datang adalah kritikal ketika beliau mengetuai pertahanan negaranya daripada serangan Rusia.

Zelensky membuat kenyataan tersebut dalam panggilan telefon dengan Boris Johnson pada petang Ahad, lapor BBC.

Sementara itu, jurucakap kerajaan UK berkata, semasa panggilan itu, PM Johnson memuji kepimpina Zelensky sejak pencerobohan Rusia.

Beliau turut mengatakan bahawa UK akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk memastikan bantuan pertahanan dari UK dan sekutunya sampai kepada Ukraine.

Satu delegasi Ukraine dijadualkan bertemu Rusia ‘tanpa syarat’ pada hari Isnin di sempadan dengan Belarus, walaupun Zelensky memberitahu bahawa beliau melihat sedikit prospek untuk sebarang rundingan yang akan membuahkan hasil.

Terdahulu, PM Johnson telah mengetepikan pengumuman dramatik oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin yang telah mengarahkan pasukan nuklearnya dalam keadaan berjaga-jaga pada Ahad.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat respon daripada Amerika Syarikat yang menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh diterima sama sekali’ dan menuduh pemimpin Rusia itu hanya mereka-reka ugutan untuk mewajarkan pencerobohan selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat