3 Kesilapan Psikologi Trading Yang Perangkap Trader

20,776

Kadang-kadang teknik tu dah power, tapi kenapa masih ramai lagi trader yang gagal buat keuntungan dalam trading? Sebaliknya, asyik rugi je memanjang.

Salah satu faktor yang menghalang kejayaan trader adalah apabila gagal mengawal psikologi dalam trading. Artikel ini akan mengcungkil beberapa kesilapan psikologi yang mungkin anda sebagai seorang trader tidak menyedarinya.

#1 F.O.M.O trading

FOMO adalah singkatan kepada “Fear of Missing Out” yang menjadi term kebiasaan dalam kalangan trader. Ungkapan FOMO ini menggambarkan situasi ketakutan terlepas peluang.

Trader sering terperangkap dalam situasi ini yang membuatkan mereka terkejar-kejar dalam pasaran kerana bimbang terlepas peluang membuat keuntungan. Akhirnya menyebabkan mereka kerugian disebabkan masuk pasaran di waktu dan tempat yang tidak sesuai.

#2 Revenge trading

Pasti ramai trader sebenarnya telah mengalami situasi ini. Apabila market bergerak bertentangan dengan arah posisi dagangan anda dan anda mengalami kerugian, anda mula beremosi dan bertekad untuk mengaut kembali keuntungan dari pasaran.

Namun, kebarangkalian untuk anda menghancurkan akaun anda adalah sangat tinggi akibat tindakan tersebut.

#3 Gambler Trading

Menjadi satu masalah apabila trader keliru cara trading yang betul atau trade dengan cara berjudi. Ini akan berkait dengan pengurusan risiko dalam trading. Anda perlu menyediakan trading plan yang lengkap sebelum masuk dalam pasaran.

Pemilihan lot yang bersesuaian, exit plan yang mantap dan beberapa perkara penting yang perlu diteliti akan membantu anda mengurangkan risiko dan mengelakkan anda trade secara membuta tuli.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat