3 Perkara Penting Yang Akan Diperhatikan Oleh Pakar Ekonomi Dalam Mesyuarat The Fed!

941

Pada minggu ini pasaran akan memberi tumpuan pada minit mesyuarat Federal Reserve. Pakar ekonomi kebanyakkan menjangkakan bahawa the Fed akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata.

Walaubagaimanpun, persoalan yang menjadi tumpuan pakar ekonomi ialah bagaimana bentuk komunikasi Pengerusi Fed, Jerome Powell dan rakannya dalam mesuyuarat nanti. Adakah ia akan bersifat hawkish atau dovish?

Ini adalah 3 perkara yang diperhatikan oleh pakar ekonomi apabila bank pusat membuat keputusan :

1) Seberapa besar kadar potongan? Kebanyakkan pakar ekonomi menjangkakan potongan sebanyak 25 mata. Walaubagaimanapun terdapat pandangan seperti ketua pakar ekonomi UBS menjangkakan potongan sebanyak 50 mata.

2) Bagaimana dengan prestasi ekonomi? Pakar ekonomi akan memperhatikan kedudukan ekonomi AS berdasarkan data-data lepas. Jika data-data lepas dinyatakan dalam bentuk yang kurang memuaskan maka mereka menjangkakan potongan kadar ini mungkin hanya sekali.

3) Bagaimana naratif the Fed apabila mengambarkan tindakan di masa hadapan?

Ramai dalam kalangan pakar ekonomi berpendapat bahawa the Fed berkemungkinan tidak akan mengurangkan kadar pada bulan September ini. Namun hal ini tidak mustahil, the Fed untuk teruskan potongan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat