3 Perkara Yang Perlu Diketahui Pelabur Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Pada Hari Ini!

816

1. Trump Menangguhkan Pengenaan Tarif Ke Atas Mexico.

Sebelum ini Mexico dilaporkan menjadi sasaran Amerika Syarikat apabila diumumkan pengenaan tarif terhadap kesemua barangan import yang datang daripada negara jirannya itu. Hal ini telah menyebabkan matawang Peso Mexico jatuh ke paras tiga bulan dagangan berbanding dolar Amerika.

Walaubagaimanapun, Trump menarik kembali keputusannya dengan menangguhkan pengenaan tarif 5% terhadap barangan Mexico. Matawang Mexico mengukuh sebanyak 2% berbanding dolar. Menurut Trump kerjasama dalam kalangan korperat diperlukan.

2. Saham Global Melonjak Naik.

Bursa saham global mencatat pengukuhan pada hari Isnin berikutan keputusan Trump untuk menangguhkan tarif keatas barangan Mexico.

Walaupun ketegangan perdangangan antara Amerika Syarikat dengan China masih berlaku, namun penangguhan tarif ke atas Mexico memberi nafas lega bagi penggiat pasaran.

Saham Asia dan Eropah masing meningkat 1%. Bursa Dow pasaran hadapan mencatat peningkatan 0.3%, S&P 500 meningkat 0.3% dan Nasdaq naik 0.4% setakat ini.

3. Amerika Syarikat Akan Kenakan Tarif Jika Rundingan Trump-Xi Gagal

Berdasarkan laporan CNBC pada hari ini, presiden Amerika Syarikat Donald Trump, tidak akan teragak-agak mengenakan tarif baru bagi barangan import China jika rundingan dengan presiden China, Xi Jinping tidak membuahkan hasil pada akhir bulan ini.

Hal ini ditegaskan oleh Menteri Kewangan, Steven Mnuchin bahawa Trump akan membuat keputusan tersebut setelah pertemuan. Jika ia sama-sama memenuhi syarat yang ditetapkan maka hal itu yang terbaik. Jika tidak maka Amerika Syarikat tidak teragak-agak untuk mengenakan tarif keatas China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat