3 Sebab Dolar NZD Bakal Mengalami Kejatuhan

657

Pergerakan harga bagi dagangan matawang komoditi dolar New Zealand (NZD) dalam pasaran semasa dilihat perlahan dan masih berisiko. Sentimen pasaran yang sedikit positif selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat melonjak kukuh turut menyokong dagangan dolar NZD.

Namun, terdapat beberapa faktor yang dilihat bakal mendorong kejatuhan nilai dagangan Kiwi dalam masa yang terdekat ini.

Penganalisis pasaran dari Kiwibank menjangkakan bank pusat New Zealand akan meneruskan penurunan kadar faedah untuk mesyuarat akan datang berdasarkan penurunan unjuran pada Ogos.

Pada mesyuarat Jun lalu, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah menurunkan kadar faedah daripada 1.75% kepada 1.50%. Penurunan tersebut adalah pertama kali dalam tempoh hampir 3 tahun iaitu sejak penurunan kadar pada mesyuarat November 2016.

Ini adalah 3 sebab utama yang dikaitkan dengan jangkaan penurunan kadar tersebut.

Pertama, faktor penurunan kadar oleh bank pusat Australia. Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan menurunkan kadar faedah dengan isyarat pelonggaran polisi oleh ahli mesyuarat. Dagangan dolar NZD akan terkesan terhadap kejatuhan Aussie atas dasar faktor serantau.

Kedua, Kiwi dijangka akan turut mengalami kejatuhan berikutan didorong oleh jangkaan penurunan kadar oleh Federal Reserve. Dengan kejatuhan ketara pada nilai matawang USD akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan meningkatkan risiko dalam pasaran. Sentimen pasaran yang berisiko akan turut memberi kesan terhadap dagangan Kiwi ekoran pelabur akan lebih tertarik untuk beralih ke arah pelaburan yang lebih selamat seperti aset safe-haven.

Dan seterusnya, faktor yang dilihat memberi bebanan terhadap Kiwi adalah berdasarkan data keyakinan perniagaan New Zealand yang merosot. Data tinjauan pada bulan Jun menurun ke paras lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Bacaan tersebut juga merupakan yang terendah dalam tempoh 8 bulan.

Faktor-faktor berikut boleh dijadikan sandaran untuk para pelabur mengintai peluang pada dagangan Kiwi. Namun harus dipantau juga sebarang isu-isu yang mempengaruhi matawang New Zealand itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat