3 Sebab Ini Punca Harga Gas Di Ethereum Susut Ke Paras Terendah 6 Bulan!

225

Harga gas di Ethereum (ETH) mencatatkan penyusutan terendah 6 bulan pada 9 Mac dengan nilai semasa artikel ini ditulis, 53 gwei.

Kali terakhir nilai gas mencapai paras tersebut ialah pada Ogos 2021 sebelum menyaksikan lonjakan harga pada September hingga Disember ekoran daripada populariti non-fungible token (NFT).

Gwei – kos gas yang perlu dibayar pengguna untuk jalankan transaksi di Ethereum.

Padahal pada Februari, nilai gas masih berada di atas 100 gwei.

Beberapa sebab mengapa gas mencatatkan penyusutan dan dirincikan seperti berikut:

  • Pengaruh aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi)
    • Sudah banyak aplikasi DeFi bertumbuh di rangkaian lain selain Ethereum.
    • Antaranya: Terra, Binance Smart Chain, dan Avalanche.
  • Pengaruh transaksi di penyelesaian lapisan-2 (layer-2)
    • Arbitrum dan ZK-rollup tidak ketinggalan menyaksikan lonjakan transaksi.
    • Peralihan pengguna kepada ekosistem lain memberi impak kepada harga gas.
  • Populariti NFT
    • Disember 2021 – awal Februari 2022
      • Penglibatan banyak artis terkemuka dalam ruang NFT – Eminem, Paris Hilton, dan Justin Bieber melonjakkan harga gas pada Januari.
      • Jumlah transaksi setiap hari di OpenSea susut kepada $290 juta pada 8 Mac daripada paras sekitar $360 juta pada 1 Februari.
      • 1-6 Februari – harga gas susut dengan median 134 gwei kepada 65 gwei.
      • September-November 2021– kos penukaran token di Ethereum kini bernilai sekitar $15, paling rendah selepas susut dari $200.
      • Dalam tempoh tersebut, jumlah pembeli NFT di OpenSea juga berkurangan, sekitar 50,000-30,000 orang.

Pun begitu, ketika penulisan harga gas menunjukkan paras turun naik dengan nilai semasa 31 gwei pada 11.30 pagi waktu Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat