3 Sebab Ini Punca Injective Protocol (INJ) Pacu Tinggi Lebih 110%

194

Pada minggu lepas, Injective Protocol (INJ) mencatatkan lonjakan yang luar biasa dengan peningkatan lebih 116% dari paras terendah, $4.64 pada 10 Oktober ke paras tertinggi harian, $10 pada 11 Oktober.

Pergerakan yang tidak dijangka ini rupanya ada kaitan dengan kemaskini yang berlaku baru-baru ini:

  • Injective Bridge V2
    • Dilancarkan pada akhir Januari.
    • Melibatkan pelbagai kemaskini bagi tujuan untuk memudahkan keserasian rentas-rantai (cross-chain) dengan rangkaian Cosmos (ATOM) dan Ethereum (ETH).
    • Penghubung terbaru ini berupaya menyokong sebarang token standard ERC-20 dan pelbagai token berasaskan Cosmos, termasuk: ATOM, Osmosis (OSMO), dan Terra (LUNA).
    • Pembangun juga mahu jadikan penghubung ini sebagai launchpad bagi mana-mana projek Web3 terbaharu:
      • Menawarkan pengguna sifar caj transaksi bagi setiap transaksi daripada Ethereum.
      • Keistimewaan tersebut merangkumi juga pemindahan dana ke dalam rangkaian yang membolehkan protokol komunikasi antara blockchain (IBC).
  • Sokongan terhadap aset terbaharu
      • Injective Protocol telah memperkenalkan aset terbaharu untuk bursa desentralisasi (DEX), termasuk niaga hadapan kekal desentralisasi pertama untuk ATOM.
      • Penambahan aset ini juga melibatkan perdagangan spot untuk projek berasaskan Cosmos, Chihuahua (HUAHUA).
      • Komuniti aktif juga didapati telah mengundi untuk turut sertakan penambahan Juno.
  • Lonjakan jumlah nilai terkunci (TVL)
      • Pelancaran Injective Bridge v2 disusuli dengan rekod peningkatan dalam TVL.
      • Difahamkan TVL di rangkaian itu mencapai paras lebih $147.3 juta dari paras terendah $43.96 juta (23 Januari).
      • TVL merujuk kepada jumlah aset yang dimasukkan untuk perdagangan, termasuk token yang di-stake di sesebuah rangkaian itu.
      • Untuk Injective, kadar peratus tahun (APR) untuk token INJ yang di-stake adalah sebanyak 9.15%

Bagaimanapun ketika penulisan, INJ susut lebih 16% dalam 24 jam, didagangkan pada $5.97. Aset ini masih perlukan lonjakan sekitar 80% untuk menebus semula rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $25.32 pada 30 April 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat