3 Sebab Mengapa Trader Melabur Dalam Matawang Kripto

668

Pada zaman kini, pasaran matawang kripto semakin meluas ke seluruh dunia. Oleh itu, terdapat ramai individu yang mula berjinak-jinak dalam pelaburan matawang tersebut.

Persoalannya, mengapa mereka cenderung untuk melabur dalam matawang kripto?

1. Masa Depan Matawang Kripto

Ada yang berpendapat bahawa matawang kripto merupakan sebuah revolusi terbesar selepas Internet. Hal ini demikian kerana sistem matawang kripto yang dilihat lebih berkesan berbanding matawang lain.

Selain itu, mereka mempercayai bahawa ianya adalah satu kemajuan dalam dunia teknologi. Seterusnya, matawang kripto dipercayai akan mempelopori pasaran kewangan dan mengatasi penggunaan wang fiat serta boleh melakukan transaksi secara bebas, persendirian dan meluas.

2. Boikot Terhadap Sistem Perbankan

Matawang kripto pertama yang dilancarkan ialah Bitcoin pada 2008 kerana telah berlakunya krisis bank pusat. Selain itu, peranan bank-bank pusat yang boleh memanipulasikan matawang dilihat memberikan impak negatif terhadap kehidupan rakyat.

Bukan itu sahaja! Institusi perbankan memperoleh keuntungan melalui caj yang dikenakan untuk setiap urusniaga. Ianya dianggap sebagai satu isu yang menyusahkan dan melibatkan kos yang tinggi.

3. Boleh Jana Lebih Banyak Wang

Pasaran matawang kripto yang disifatkan kurang stabil dan tidak menentu memudahkan para trader untuk masuk dan keluar dari pasaran. Tambahan daripada itu, ianya dianggap sebagai satu peluang keemasan untuk menjana pendapatan tambahan.

Hal ini disebabkan oleh matawang kripto yang berpotensi untuk dibeli dengan harga yang murah manakala boleh dijual dengan harga yang tinggi. Contohnya, peningkatan harga Bitcoin yang dicatatkan pada tahun 2009 hingga 2016 dan 2017 hingga 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat