3 Sifat Orang Berjaya VS Orang Yang Gagal!

11,389

Apabila disebut mengenai kejayaan, pasti semua individu mengimpikannya dalam kehidupan masing-masing. Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat perbandingan yang ketara antara sifat orang yang berjaya dan orang yang gagal?

1. Suka Membaca VS Suka Menonton Televisyen

Orang yang berjaya akan sentiasa melakukan perkara yang bermanfaat apabila mempunyai masa lapang seperti membaca buku. Melalui pembacaan, anda dapat menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan daya pemikiran. Untuk memncapai sesebuah kejayaan, perkara pertama yang perlu anda miliki ialah ilmu!

Tanya diri anda, bilakah kali terakhir anda membaca buku dan berapa buah buku yang anda baca dalam setahun?

Berbanding dengan orang yang gagal, mereka lebih cenderung untuk menonton televisyen ketika masa lapang. Bayangkan berapa jam masa yang sudah dibazirkan di hadapan televisyen sedangkan masih banyak perkara yang berfaedah dapat dilakukan ketika itu.

2. Bertanggungjawab Atas Kegagalan VS Menyalahkan Orang Lain

Untuk bergelar individu yang berjaya, anda perlu sentiasa bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan. Berdasarkan rasa tanggungjawab tersebut, anda akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki setiap kesalahan dan tidak mengulanginya lagi bahkan mampu untuk mengubah sesuatu menjadi lebih baik.

Manakala orang yang gagal, mereka gemar untuk menunding jari kepada orang lain apabila terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Jika anda memiliki sifat ini, anda tidak akan mampu untuk berubah dan terus berada di takuk yang lama.

3. Fokus Kepada Pelaburan VS Fokus Kepada Simpanan

Anda tidak akan berjaya jika terlalu menfokuskan kepada simpanan. Jika anda mengalami masalah kewangan, simpanan akan mengeruhkan lagi situasi anda! Jadi, anda perlu berfikir bagaimana untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Bagaimana? Jawapannya ialah anda perlu melabur!

Kesimpulannya, untuk bergelar individu yang berjaya, anda mestilah mengubah sikap anda terlebih dahulu! Kerana setiap kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya memerlukan usaha yang gigih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat