3 Syarikat Ini Telah Hadapi Krisis Bencana Sebelum Berdepan COVID-19

788

Bagi beberapa syarikat besar, wabak Covid19 bukanlah masalah besar pertama yang mereka hadapi. Pengajaran daripada kejadian yang lalu banyak mengajar mereka untuk kekal kukuh berbanding pihak lain ketika berlakunya krisis dunia.

Ini antara 3 syarikat gergasi yang pernah berdepan krisis yang besar dan berjaya menempuhi tempoh sukar yang lalu.

#1. Nissan

Ketika Jepun dilanda gempa bumi diikuti tsunami yang berlaku di Jepun pada 2011 hingga menyebabkan banyak perniagaan terpaksa dihentikan seketika, Nissan mengambil keputusan untuk beroperasi dalam kadar segera.

Beberapa staf dihantar ke semua cawangan untuk menentukan produk mana yang paling terkesan akibat bencana. Syarikat itu juga membekalkan alat ganti biasa dan membolehkan kilang serta pembekal beroperasi lebih cepat.

Struktur syarikat itu mempunyai ahli lembaga eksekutif dari luar negara dan mempunyai pengalaman serantau dan global dalam pengurusan krisis. Perkara ini berbeza dengan Toyota dan Honda kerana syarikat tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh staf Jepun.

 

#2. SF Express

Di China, ketika seluruh industri menerima tempias akibat wabak SARS, Ketua Pegawai Eksekutif SF Ekpress berusaha menghidupkan syarikatnya dengan mendapatkan kebenaran dari kerajaan untuk menjalankan operasi penerbangan.

Tindakan itu menjadikan SF Ekspress sebagai syarikat perkhidmatan penghantaran yang paling dipercayai di China. Pihak mereka juga mendapatkan kerjasama dengan perniagaan atas talian seperti Alibaba. Kini SF Holdings melebarkan sayapnya ke 200 negara dengan lebih 15,000 kenderaan penghantaran termasuk 35 pesawat.

 

#3. Cantor Fitzgerald

Pada 11 September 2001, Pusat Perdagangan Dunia diserang dan menyebabkan perbelanjaan ekonomi Amerika Syarikat menelan jumlah sebanyak $5.93 trilion.

CEO Cantor Fitzgerald, Howard W. Lutnick terus memberi komitmen dalam memastikan syarikat beroperasi walaupun dia kehilangan abangnya dan dua pertiga tenaga kerja akibat serangan itu.

Beliau memastikan keluarga mangsa menerima keuntungan syarikat sebanyak 25% selama lima tahun dan 10 tahun insurans kesihatan. Kesemua staf yang terselamat kembali bekerja seminggu selepas kejadian dengan matlamat untuk mengukuhkan semula pasaran saham.

Syarikat ini membuktikan kekukuhannya bukan sekadar pada kekuatan perkhidmatan dan produknya tetapi kerana penghargaan yang diberikan untuk membantu membina semula syarikat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat