3 Tips Kejayaan Daripada Robert Kiyosaki

3,063

Robert Kiyosaki dilahirkan dan dibesarkan di Hawai. Namanya tidak asing lagi daripada dunia pelaburan dan industri kewangan bahkan beliau turut menerbitkan sebuah buku yang cukup popular iaitu Rich Dad Poor Dad.

Sebelum berjaya mencipta nama, beliau memulakan sebuah kehidupan yang cukup sederhana. Sejurus selepas menamatkan persekolahannya pada 1965, beliau masuk ke United States Merchant Marine Academy di New York.

Setelah itu, Robert berkhidmat dalam polis marin sebagai juruterbang helikopter semasa peperangan di Vietnam pada tahun 1972. Berdasarkan pencapaiannya sebagai anggota yang cukup berdedikasi, beliau telah diberikan penganugerahan ‘Air Medal’.

Dua tahun berikutnya, beliau diberhentikan dengan penghormatan daripada polis marin.

Seterusnya, beliau mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan dengan menjual mesin fotostat selama 4 tahun. Pada tahun 1977 pula, Robert menceburi bidang peruncitan dengan menjual dompet nilon dan Velcro ‘sufer’.

Pada ketika itu, perniagaannya tersebut membuahkan hasil yang sangat lumayan. Malangnya, tidak lama kemudian, syarikatnya telah muflis. Tanpa mengenal erti putus asa, beliau menubuhkan sebuah syarikat lain pada awal 1980-an dan hanya bertahan dalam tempoh 5 tahun.

Sehubungan dengan itu, beliau telah kehilangan segala-galanya termasuk tempat tinggal. Oleh itu, beliau dan bekas teman wanitanya terpaksa tinggal di dalam kereta untuk bertahan selama beberapa bulan.

Berdasarkan kisah dan pengalaman hidupnya, Robert mula melibatkan diri dalam dunia pelaburan dan mengasaskan sebuah syarikat pendidikan pada tahun 1985 yang bertujuan untuk mendidik para pelajar tentang ilmu-ilmu pelaburan.

Di samping itu, terdapat 3 tips kejayaan yang dikongsikan oleh beliau iaitu :

1. Jadikan Pengalaman Sebagai Guru Anda

Benarlah kata-kata yang menyebut bahawa pengalaman adalah guru yang paling berharga dalam kehidupan. Pada peringkat awal pelaburan Robert, beliau hanya mampu melabur sebanyak $18,000 untuk sebuah kondominum kecil di Hawai dan memperolehi keuntungan sebanyak $25 setiap bulan.

Berdasarkan pengalamannya itu, beliau mula belajar mengenai selok-belok pelaburan dengan lebih mendalam dan mampu untuk bertindak dengan bijak dalam pelaburan yang lain.

2. Jangan Simpan Duit, Sebaliknya Gunakan Untuk Melabur

Duit tersebut tidak akan berkembang kerana hanya disimpan! Jadi, untuk mencipta lebih banyak duit, anda perlulah menjalankan pelaburan yang bijak. Gunakan duit berkenaan dengan sebaiknya untuk menjana pendapatan yang lumayan melalui pelaburan.

3. Jangan Takut Dengan Kerugian

Anda tidak akan dapat memajukan diri jika terlalu takut untuk menanggung kerugian. Jangan pernah takut untuk membuat kesilapan dan mengalami kerugian kerana ianya adalah batu loncatan untuk melakar kejayaan di masa hadapan.

Belajar daripada kesilapan tersebut dan jangan berputus asa!

Benar-benar terinspirasi dan mahu melakar kejayaan dalam dunia forex trading?

Anda boleh dapatkan buku Panduan Lengkap Mula Trade Forex daripada kami!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat