4 Aset Kripto Ini Melompat Tinggi Ketika Pembetulan Pasaran

712

Empat altcoins ini dengan nilai pasaran sederhana mencatatkan lonjakan sejak minggu lalu ketika kebanyakan pasaran kripto menyaksikan pembetulan harga.

  1. Elrond (EGLD)
    • EGLD mencatatkan lonjakan lebih 79% sejak minggu lalu daripada $168.69 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $303.63
    • Ketika penulisan, EGLD didagangkan pada $275.39, susut hampir 10% daripada rekod ATH.
    • Di Amerika Syarikat (AS) pembelian EGLD akhirnya boleh dilakukan menerusi aplikasi wallet digital non-custodial Elrond, Maiar menggunakan kad kredit.
    • Pada Isnin, EGLD tersenarai di platform pertukaran kripto, KuCoin.
  2. Hedera Hashgraph (HBAR)
    • HBAR mencatatkan peningkatan harga sebanyak lebih 74% sejak seminggu yang lalu daripada $0.30 pada 9 September kepada rekod ATH terbaru sebentar tadi, $0.53.
    • Ketika penulisan, HBAR mencatatkan nilai dagangan $0.51, meningkat lebih 27% dalam 24 jam.
    • Pada minggu lepas, rangkaian Hedera telah dikembangkan kepada 22 nod daripada 21 nod.
  3. Near Protocol (NEAR)
    • NEAR mencatatkan lonjakan sebanyak 44.6% kepada $8.84 sejak minggu lalu.
    • Bagaimanapun ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $8.69 susut hampir 2%. Namun masih mengekalkan peningkatan hampir 6% dalam 24 jam.
    • Sebagai rekod, NEAR mencatatkan ATH terbaru, $11.88 pada 9 September.
  4. Mina Protocol (MINA)
    • MINA mencatatkan peningkatan lebih 65% sejak minggu lalu kepada ATH terbaru, $6.5 semalam.
    • Ketika penulisan, aset ini susut lebih 8% didagangkan pada $6 daripada rekod ATH dan masih mengekalkan peningkatan lebih 1% dalam 24 jam.
    • Lonjakan MINA didorong oleh integrasi bersama Polygon pada minggu lepas.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat