4 Faktor Ini Pacukan Harga Polygon (MATIC) Mendadak!

659

Sekitar jam 9 pagi tadi Polygon (MATIC) mencatatkan nilai tertinggi harian, $2.2, membuktikan pertumbuhan sektor kewangan desentralisasi (DeFi) dan non-fungible token (NFT) masih pesat.

Sebelum ini, MATIC pernah mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $2.7 pada 18 Mei 2021.

Sebagai rekod, Polygon merupakan protokol penyelesaian lapisan-2 untuk Ethereum menyokong ekosistem pelbagai rantai (multi-chain).

Berikut merupakan faktor lonjakan MATIC yang boleh diberi perhatian:

  • Pengumuman IDEX
    • Bursa desentralisasi IDEX mengumumkan pelancaran bursa versi3 (v3) di Polygon.
    • Pelancaran tersebut menjadikan IDEX sebagai bursa kecairan hibrid pertama di rangkaian itu.
  • Pelancaran NFT
    • Beberapa pelancaran projek NFT telah berlaku, antaranya OpenBiSea NFT
    • Pelancaran platform DeFi dan permainan seperti Rainmaker Games, Harvest Finance, dan Jarvis Network.

Buat masa sekarang, komuniti Uniswap sedang dalam proses pengundian untuk sokongan tambahan Polygon terhadap Uniswap v3.

Lonjakan MATIC juga didorong oleh:

  • Peningkatan minat pelabur institusi
    • Beberapa produk dagangan bursa (ETP) Polygon telah dilancarkan:
      • Osprey Polygon Trust (September)
      • 21Shares Polygon ETP (November)
    • Grayscale juga berminat untuk menyenaraikan Polygon sebagai produk pelaburan tetapi masih belum ada khabar.
    • Wintermute menyaksikan aliran masuk modal berjumlah $20 juta bagi mendorong perkembangan aplikasi desentralisasi di Polygon.
    • Pelabur juga beri perhatian kepada Polygon yang sedang bersedia untuk ZK Summit pada 9 Disember. Program ini melibatkan perbincangan dalam kalangan pembangun berkaitan keadaan semasa dan masa depan zk-STARKs, termasuk aplikasi zero-knowledge proofs.
  • Peningkatan pengguna aktif Polygon dan wallet
    • Jumlah wallet Polygon telah meningkat sepanjang 2021 dan kini berada di paras tertinggi 282,760.
    • Rekod pengguna juga mencatatkan peningkatan susulan daripada kos gas yang tinggi di Ethereum.

Ketika penulisan, MATIC mencatatkan nilai dagangan $2.1, meningkat lebih 6% dalam 24 jam. Aset ini memerlukan peningkatan lebih 21% untuk menembusi ATH terdahulu.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat