4 Faktor Yang Menjadikan Minyak Mentah Mengganas dan Kembali Memasuki Bull Market

83

Minyak mentah mencatat harga tertinggi bagi tempoh 8 minggu disebabkan faktor-faktor yang memaksa komoditi ini kembali menguat.

Ketika ini, minyak brent berlegar pada $50 setong manakala minyak mentah berada pada $48 setong.

Minyak Mentah
Minyak Mentah, 15 minit
Brent, 15 minit
Brent, 15 minit

4 penyebab utama kenaikan mendadak ini ialah :

1. US Dollar melemah.

Analisa fundamental menunjukkan US Dollar dan harga minyak bergerak secara berlawanan. US Dollar yang melemah telah memberikan peluang kepada minyak mentah kembali dinilai tinggi.

2. Harapan pembekuan bekalan.

Sebelum ini, minyak mentah turun ke paras terendah dalam pasaran disebabkan kebanjiran output. Arab Saudi yang merupakan antara salah satu pengeluar utama minyak mentah mempunyai kuasa untuk menggerakkan harga komoditi ini. Negara pengeluar terbesar dalam kalangan anggota OPEC ini merekodkan jumlah bekalan yang begitu tinggi sekali gus memberatkan lagi masalah ini.

Jadi, harapan yang diutarakan oleh Arab Saudi dan Russia bagi menstabilkan harga komoditi ini dilihat sebagai masa depan yang begitu cerah untuk mengangkat harga minyak mentah kembali stabil.

3. Inventori US yang rendah dari jangkaan.

Maklumat Pentadbiran Tenaga AS melaporkan pengurangan stok simpanan minyak mentah bagi minggu berakhir 12 Ogos. Pada minggu tersebut, AS merekodkan angka import minyak mentah lagi tinggi dari pengeluaran kali pertama dalam sejarah sejak Januari 2014.

Arab Saudi dikatakan gembira dengan laporan ini kerana negara tersebut mahu AS mengeluarkan sedikit minyak dan mendapatkan lebih bekalan dari Negara Timur Tengah.

4. Hedger mengeluarkan isyarat yang jelas mengenai minyak mentah.

Kebanyakan fund manager tidak lagi mengambil posisi short terhadap minyak mentah. Ini bermakna, mereka tidak lagi membuat pertaruhan terhadap penurunan harga.

Nak tahu bilik kebal mana yang menyimpan banyak emas? Baca artikel di pautan ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat