4 Pengajaran Penting Daripada Syarikat Gergasi Microsoft Yang Perlu Syarikat Startup Ambil Perhatian!!

766

Microsoft Corporation dan Bill Gates adalah sebuah nama yang telah tersohor di serata pelusuk dunia. Sebuah syarikat yang diasaskan pada 4 April 1975 oleh 2 orang anak muda pada ketika itu iaitu Bill Gates dan Paul Allen kini telah menjadi salah sebuah syarikat yang memayungi arus teknologi massa.

Sebagai sebuah syarikat yang telah lama bertapak dan menempah nama, Menurut Tx Zhuo terdapat beberapa pengajaran yang dapat dipelajari oleh syarikat-syarikat Startup.

1. Membina Rangkaian Kerjasama Yang Strategik.

Mencapai kejayaan tidaklah begitu sukar berbanding dengan mengekalkan kejayaan. Untuk meletakkan segalanya atas pundak anda seorang diri dalam fasa untuk membesarkan syarikat adalah sesuatu yang payah untuk ditanggung. Jadi untuk kekal terus maju, kebanyakkan syarikat mereka menjalinkan kerjasama dengan syarikat lain.

Seperti Microsoft menjalinkan kerjsama dengan Salesforce bagi menghubungkan Windows dan Office ke dalam telefon pintar dan rangkaian awan. Jalinan ini ialah bagi mencipta sinergi kemahiran. Tindakan ini akhirnya menjadi tipping point bagi Microsoft.

2. Gunakan Kemahiran/ Kekuatan Dengan Sebaiknya.

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh Startup ialah peralihan tumpuan kerana peluang ditawarkan dalam mempelbagaikan. Kita tidak boleh jadi apa-apa sahaja untuk semua orang, jadi langkah terbaik yang konsisten dengan kekuatan yang dimiliki.

Google telah membina syarikat multibillion dolar kerana menumpukan apa yang mereka mahir. Mircorsoft pula tumpu pada produktiviti.

3. Mengenal Pasti Peranan Pesaing

Dalam era yang serba pantas ini, Microsoft bertindak tangkas dengan mengenalpasti peranan Google dalam cloud data dan dan kehadiran Apple dalam menyediakan pengalaman penggunaan dan reka bentuk. Namun hal itu tidak menghalang Microsoft daripada membangunkan niche mereka dalam cloud dan telefon pintar.

CEO mereka telah membuat kerjasama dengan Dropbox dan intergrasikan perkhidmatan awan dengan Office untuk iOS, Android dan Windows.

4. Mendengar Pandangan Pengguna

Untuk terus berdaya maju, anda harus terus konsisten mendapatkan maklum balas daripada pengguna untuk memperbaharui produk atau perkhidmatan anda sesuai dengan kehendak pasaran.

Semasa pelancaran iPhone pada 2013, pengguna dikhendaki melanggan Office 365 secara berbayar untuk pengguna iOS dah hal ini membuatkan pengguna kecewa. CEO Microsoft telah mengambil tindakan bijak dengan membuat aplikasi tersebut percuma di iOS dan Android. Hasil mendengar rintihan pengguna, Microsoft telah berjaya mengaut lebih banyak user.

Di atas adalah 4 perkara yang sering dilupakan oleh beberapa syarikat dalam pembangunan syarikat mereka. Jadi take note dan jangan abaikan perkara-perkara diatas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat