5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (19-23 Julai 2021)

80

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Butiran lanjut pada laporan minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) yang terbaru akan diteliti oleh para pelabur. Keputusan mesyuarat pada awal Julai menyaksikan kadar faedah dikekalkan dan bank pusat masih meneruskan pembelian bon kerajaan untuk menyokong ekonomi.

 Mesyuarat Dasar Monetari ECB (Khamis 7.45 Petang): Pasaran masih menjangkakan bahawa European Central Bank (ECB) akan terus mengekalkan polisi yang longgar seperti sebelum ini. Kenyataan susulan bank pusat akan menjadi perhatian pelabur untuk petunjuk polisi pada masa hadapan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Pergerakan mata wang Euro dijangka bergerak aktif pada penghujung minggu susulan terbitan data sektor ekonomi di Eropah khususnya di Perancis dan Jerman. Bacaan semasa dilihat stabil memberi isyarat perkembangan sektor ekonomi menuju ke arah pemulihan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Turut menyusul data sektor ekonomi di UK dengan jangkaan tiada perubahan ketara pada angka bacaan semasa. Bacaan di atas paras 50.0 kekal memberi isyarat pengembangan pada sektor ekonomi.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Malam): Sesi New York sebelum dagangan minggu ini berakhir pula akan memberi tumpuan pada data sektor ekonomi di Amerika Syarikat. Tiada perubahan ketara dijangka pada angka bacaan bagi bulan Julai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat