5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (20-24 Dis 2021)

920

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 8.30 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran lanjut pada minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang berlangsung pada 2 minggu yang lalu. RBA telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan melihat pelonggaran dasar masih lagi menjadi pilihan untuk menyokong ekonomi semasa.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Rabu 3.00 Petang): Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi UK untuk suku ketiga dijangka tidak berubah setelah diterbitkan pada kadar 1.3% sebelum ini. Perubahan pada angka yang diterbitkan bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Rabu 9.30 Malam): Bacaan akhir pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dijangka kekal seperti bacaan awal setelah mencatatkan kejatuhan ke paras 2.1% berbanding 6.7% pada suku sebelumnya.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Khamis 9.30 Malam): Pasaran bakal menjangkakan kenaikan pada angka pertumbuhan ekonomi Kanada untuk bulan November yang diunjur meningkat kepada 0.8% daripada 0.1% bulan sebelumnya. Peningkatan tersebut juga bakal menyokong pemulihan nilai dolar Kanada yang terkesan dengan kejatuhan harga minyak mentah minggu lalu.

Data Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Khamis 9.30 Malam): Memberi bayangan terhadap inflasi di Amerika Syarikat, data ini akan memberi tumpuan terhadap perbelanjaan bagi sasaran barangan peribadi pengguna. Bacaan bagi bulan November dijangka tidak menunjukkan perubahan seperti bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat