5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 Ogos – 3 Sept 2021)

1,184

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan China (Selasa 9.00 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, data ekonomi China akan menjadi tumpuan pasaran bagi menilai kesihatan prestasi ekonomi global. Sektor pembuatan dan perkhidmatan di China bagi bulan Ogos dijangka catatkan bacaan tidak jauh berubah seperti bulan sebelumnya.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Australia (Rabu 9.30 Pagi): Pertumbuhan ekonomi Australia bagi suku kedua akan dinilai menerusi terbitan data KDNK pada minggu ini. Kebimbangan terhadap penularan jangkitan virus yang meningkat di Australia pastinya menjejaskan aktiviti ekonomi. Jangkaan bacaan yang menurun bakal memberi kesan negatif terhadap pergerakan mata wang dolar Aussie dalam pasaran.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Data tinjauan sektor pembuatan di Amerika Syarikat diramalkan sedikit susut namun masih kekal di paras yang stabil. Gelombang Covid-19 varian Delta yang melanda dilihat merencatkan rancangan pemulihan ekonomi AS.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Kembali menjadi tumpuan di awal bulan, laporan pekerjaan AS bakal menggegarkan pasaran di penghujung minggu. Pertambahan pekerjaan diramalkan menurun pada Ogos selepas lonjakan pada bulan sebelumnya dengan kadar pengangguran pula dijangka untuk menurun.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 10.00 Malam): Selepas sektor pembuatan, tinjauan pada sektor perkhidmatan AS juga akan turut diberi perhatian. Bacaan terbaru juga diunjur menurun namun masih berada pada paras yang stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat