5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (5-9 September 2022)

602

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australi (RBA) dijangka untuk meneruskan langkah peningkatan kadar faedah. Jangkaan kadar bakal dinaikkan sebanyak 50 mata asas daripada 1.85% kepada 2.35%.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 10.00 Malam): Tinjauan data bagi bacaan sektor pembuatan di Amerika Syarikat akan dipantau pelabur untuk menilai kesihatan semasa ekonomi selepas tumpuan pada data pekerjaan minggu lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) dijangka akan lebih agresif dalam pengetatan dasar monetari mereka. Kadar faedah berkemungkinan ditingkatkan sebanyak 75 mata asas dari paras 2.50% kepada 3.25%.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 8.15 Malam): Selepas isyarat hawkish oleh penggubal dasar, European Central Bank (ECB) dilihat akan lebih agresif untuk langkah peningkatakn kadar faedah mereka selepas kali pertama menaikkan kadar untuk tempoh lebih 1 dekad pada mesyuarat sebelum ini. ECB turut dijangka menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas, daripada 0.50% kepada 1.25%.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Selepas ekonomi kehilangan sebanyak 30,600 pekerjaan pada bulan Julai, Kanada dijangka untuk mencatatkan peningkatan semula sekitar 15,000 pertambahan pekerjaan untuk bulan Ogos. Namun, kadar pengangguran berkemungkinan meningkat daripada 4.9% kepada 5.0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat